5 Laman Torrent Alternatif Kepada KickassTorrents

KickassTorrents (KAT) menerima nasib yang sama dengan The Pirate Bay (TPB) apabila pengasasnya ditahan oleh pihak berkuasa, domain disita, dan laman tersebut ditutup. Maka bertebaranlah para 'torrenters' yang tegar melata di muka bumi Matrix seraya melaungkan "Bebaskan Artem" serta mengibar panji-panji kebebasan berinternet di seluruh dunia.

Namun Artem tetap terpenjara, dan semua peminat setianya juga tetap terpana di depan skrin komputer masing-masing seakan tidak tahu arah mana hendak dituju. Mereka hilang arah, tiada rumah hendak berteduh, tiada kawan hendak berborak.


Usah khuatir, usah gusar, sebenarnya alternatif itu ada, dan banyak, tetapi anda sahaja yang tidak tahu.

Sejak TPB ditutup, kemudian bangun semula, ditutup lagi, saya telah mengambil jalan selamat dengan mencari pelbagai laman alternatif kepadanya. Al-maklum wal-sedia-tahu, kemungkinan untuk laman-laman lanun ini untuk kembali ditutup adalah sangat tinggi. Jadi, berikut ini saya senaraikan beberapa laman alternatif untuk anda bertapak, membina pengkalan baharu, dan bersama-sama menaikkan sauh mengibarkan layar untuk kapal bergerak menuju ke destinasi Akasha.

Beberapa Laman Torrent Alternatif Kepada KickassTorrents (KAT)

1. SevenTorrents

SevenTorrents adalah salah satu daripada laman 'feveret' saya. Kerana apa? Kerana mereka ini 'pantas bekerja'. Meskipun ianya khas untuk torrent kategori filem, dan kebanyakan torrent yang baru keluar adalah versi HC/TS/HDTS, tetapi sebaik sahaja versi Blue Ray menerjah ke pasaran, laman ini adalah antara laman pertama yang mengemaskini pengkalan data mereka. Kalau anda mahu muat turun sebab tak sabar lagi hendak menunggu, maka ini adalah laman paling sesuai untuk anda.


2. RARBG Torrents

RARBG juga adalah sebuah laman yang popular, namun popularitinya selalu dikaburi oleh laman torrent lain dek kerana kebanyakan pengguna akan bawa masuk data fail dari laman ini ke laman yang lain. Namun kesan daripada perbuatan tersebut, laman ini kurang diberikan perhatian, oleh itu kebarangkalian ia ditutup telah menjadi kecil.

Tetapi jangan pandang laman ini sebelah mata, kerana di dalamnya tersimpan 1001 'khazanah' dalam internet yang mungkin tiada di laman-laman lain.


3. 1337x

Sejak KAT ditutup, laman ini menerima trafik kunjungan yang tinggi, dan walaupun menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa beberapa moderator dan admin laman tersebut telah meninggalkan ia, namun nampaknya fail-fail baharu telah dimuat naik sekaligus menyangkal dakwaan bahawa ianya seperti kapal yang sedang tenggelam.


4. ExtraTorrent.cc

ExtraTorrent ini juga merupakan antara 'laman-laman' asal fail-fail torrent yang berlegar di TPB dan KAT. Seperti RARBG, ia juga selalu menerima kunjungan dari forumer KAT yang ingin menumpang berteduh sementara menanti kemunculan semula KAT, dan terkini trafik yang memasuki laman adalah sekitar 30 juta sebulan.


5. Torrent Downloads

Laman Torrent Downloads ini adalah antara paparan yang paling saya gemari. Ianya sangat cantik dan kemas berbanding laman-laman lain. Mempunyai fungsi carian untuk anda menyelongkar senarai fail yang anda mahu, serta paparan terus fail-fail terbaru menjadikan ia pilihan teratas dalam carta hati abam Hax. Kih kih kih.


Ok, cukup 5 dahulu. Untuk laman-laman yang lain, anda boleh cari sendiri. Dah besar panjang kan? Heheheh..

Apa pun, semoga artikel ini memberi manfaat dan jika KAT kembali ke udara, nantikan artikel seterusnya menyusul.


Powered by Blogger.