Laman Salinan Dan Palsu Kepada KickassTorrents Muncul Selepas Laman Asal Ditutup

Sebenarnya, Abam Hax perati je kau orang nih. Lepas laman KickassTorrents ditutup, banyak laman-laman salinan (cached) dan palsu (fakes/imposters) yang muncul seraya mendakwa mereka adalah kemunculan semula laman rasmi KAT.


Alahai, betul lah kau orang ni tak belajar dari pengalaman. Dulu benda yang sama dah pernah berlaku kepada Yify, kemudian muncul banyak laman palsu, kau orang dengan cepatnya mengiktiraf semua laman tersebut.

Walaupun abam dah ingatkan, bahawa laman 'kemunculan semula' tersebut telah dikendalikan oleh ramai penggodam mahir dan para penguatkuasa undang-undang dari kerajaan Amerika Syarikat, tetapi anda (yang kebanyakannya budak-mak-masih-tanggung) tetap berdegil memuat turun kandungan dari lamannya dengan alasan, "Lantaklah palsu pun, janji still boleh download FREE!".

Lantak kau orang lah. Ni suka abam nak ingatkan, kebanyakan pengendali laman-laman yang memberitahu sebagai 'kebangkitan semula' KickassTorrents ni dah pun mengakui bahawa mereka tiada kaitan secara langsung kepada laman rasmi dan pengasasnya.

Apa ciri laman asal yang tiada pada laman peniru?

- Tiada forum yang berfungsi

- Tidak boleh memuat naik sesuatu

- Tidak boleh muat naik bererti tiada kandungan baru

Tapi ada juga sedikit sudut positif yang kita boleh dapat dari laman peniru/palsu KAT ini berbanding Yify iaitu:

- Anda masih boleh memuat turun tanpa bimbang kepada penguatkuasa undang-undang (dengan syarat rangkaian bersambung kepada VPN)

- Laman-laman dikendalikan oleh individu-individu yang mempunyai haluan yang sama seperti pengasas KAT (bukan penggodam yang mahu mencari identiti anda lalu menyerahkan ia kepada pihak berkuasa)

Buat sementara waktu ini, anda cari sahaja laman alternatif yang lain. Jangan percaya terlebih dahulu kepada laman-laman palsu ini.


Powered by Blogger.