Mobdro : Layan Strim Video Dari Seluruh Dunia Ala 'Astro' Secara Percuma

Seringkali pengguna diperkenalkan dengan Kodi (yang dahulunya dikenali dengan nama XBMC) untuk melayan penstriman video secara percuma. Namun tidak dapat tidak harus diakui, paparan antaramuka pengguna Kodi agak 'menakutkan' (intimidating) serta terlebih rumit (over-complicated) bagi pengguna baharu (newbies).

Jadi, sebagai penyelesaian, saya perkenalkan kepada anda, Mobdro, sebuah aplikasi atau klien penstriman video yang membolehkan anda menonton siaran-siaran televisyen secara strim dari seluruh dunia - secara percuma, percuma, percuma (bunyi bergaung).


Apa Ciri dan Kelebihan Aplikasi Ini?

Paling penting senang digunakan (noob proof)! Anda yang dah lama follow blog ini tahulah bagaimana saya sedaya-upaya cuma untuk membantu para newbies di luar sana untuk masuk ke dalam dunia IT.


Ada bermacam kategori, dan dari kategori terbahagi pula kepada beratus saluran! Dari beratus saluran yang anda hanya termampu untuk layan dua-tiga sahaja itu, ada pelbagai pula pilihan genre. Haih, pendek cerita, tak terlayan melainkan anda pencen awal! Heheh.


Selain itu, dari pemerhatian saya, anda cuma memerlukan kelajuan sederhana, lebih kurang hanya 4Mbps sahaja untuk menggunakan aplikasi ini dan strim tanpa buffering (istilah Melayu dia apa haa?).

Paling penting data anda haruslah unlimited. Setidak-tidaknya, anda gunakan pelan U Mobile P98, 30GB kuota data sebulan. Pun begitu, jika anda cuma layan satu filem sahaja, saya dapati ia tidak banyak menggunakan bandwidth. Memang berbaloi-baloi!

Muat turun : Mobdro - All the web's free video streams on your Android device

Nota kaki : Lupa hendak maklumkan, yang aplikasi ini hanya ada untuk platform Android sahaja. Tidak pasti lagi sama ada ia akan ada juga untuk platform atau sistem operasi yang lain. Nantilah kalau rajin abam pm dev app ni okeh.
Powered by Blogger.