Awas! 5 Aktiviti 'Online' Yang Akan Menyebabkan Anda Di Penjara



Terlalu seronok dengan aktiviti online? Hati-hati, ini mungkin di antara sebab kenapa anda bakal bergelar banduan. Dalam dunia maya anda mungkin bebas melalukan apa sahaja, ialah komputer dan internet anda, anda punya sukalah. Betul tak?

Tapi nanti dulu, anda beberapa negara mencatur sesetengah aktiviti online sebagai perkara yang menyalahi undang-undang. Jadi hati-hati dengan perkara yang kami senaraikan ini.

1.Menari Di Dalam Video


Bunyi macam kelakar, tapi ini kenyataan. Di Tehran, Iran 6 orang remaja dikenakan hukuman 91 sebatan dan 1 tahun penjara kerana memuat naik sebuah video di Youtube. Video dari lagu Pharrel Williams bertajuk 'Happy'. Sebabnya mereka berjoget di tugu peringatan perang ke dua di Rusia.

Video:


2. Menggunakan Skype


Peraturan pelik di negara Ethiopia. Setiap orang yang tertangkap menggunakan sebarang layanan VOIP (Voice Over the Internet Protocol) akan dipenjarakan. Ini merupakan peraturan baru yang ditetapkan oleh pihak pemerintah, ianya termasuklah layan VOIP seperti SKYPE.

3. Menghapus 'Browser History' Di Komputer


Seorang remaja lelaki bernama David Kernell dipenjara kerana memadam browser history komputernya. Pelajar University of Tennessee ini disyaki melakukan aktiviti hacking pada akaun 'Yahoo' peribadi presiden Amerika iaitu Sarah Palin.

4. Membuka Sambungan Wi-Fi Secara Umum


Hati-hati ketika berkongsi sambungan Wi-Fi kepada umum. Seorang lelaki bernama Barry Covert secara tidak sengaja membuka sambungan Wi-Fi kepada umum menyebabkan dia dipenjara. Ini kerana ada individu yang melayari laman web pornografi kanak-kanak melalui sambungan Wi-Fi beliau. Huh, sedih juga.

Sebab itulah kami tidak suka berkongsi sambungan. Bukan kedekut kuota, tapi takut ada yang menyalahgunakannya. Opss!

5. Hina Status Facebook


Malaysia. Seorang remaja berumur 19 tahun dari Pasir Mas, Kelantan direman selama 4 hari kerana disabitkan dengan kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur menghina sultan di facebook.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

OMG!
Powered by Blogger.