Anda Kini Boleh Bermain Solitaire Dan Tic Tac Toe Melalui Google Search



Bosan atau stress menghadap komputer? Nanti dulu, jom kurangkan tekanan atau kebosanan anda dengan meluangkan sedikit masa bermain permainan klasik ini. Permainan yang kami maksudkan ini ialah Solitaire dan Tic Tac Toe.

Memang klasik habis, teringat pula dengan zaman kanak-kanak kami bersama komputer. Sekarang untuk bermain permainan ini anda tidak perlu lagi muat-turun atau install aplikasi ini ke dalam komputer anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalan taip kata kekunci 'solitaire' atau 'tic tac toe' pada engin carian google (goolge search engine) dan anda sudah boleh mula bermain. Ops, jangan lupa sambungan internet pula ya!

Inilah kenapa Google sangat menarik! Google sentiasa sediakan perkhidmatan terbaik untuk pengguna mereka. Di bawah ini adalah screen shoot ketika kami cuba permainan ini.

Solitaire


Tic Tac Toe



Sekali-sekala layan game macam ni pun seronok juga.

Sumber: Amanz
Powered by Blogger.