Android Nougat 'Kurang Sedap', KitKat Masih Jadi Pilihan Pengguna



Seperti yang anda tahu, Android baru sahaja melancarkan versi 7.0 mereka yang diberi nama sebagai 'Nougat' pada 23 ogos 2016 baru-baru ini.

Sistem operasi baru ini dikatakan lebih stabil, ringan, pantas dan diperbaharui dengan berberapa fungsi di antaranya ialah fungsi multi-windows, panel notifikasi yang lebih interaktif, penambahan emoji baru dan banyak lagi.

Walaupun sudah dikemaskini kepada versi yang lebih baik dari yang sebelumnya, android Nougat sayangnya masih dinilai sebagai 'kurang sedap' digunakan oleh kebanyakkan pengguna android.

Ini terbukti berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh laman Google Android Developer sendiri. Menurutnya, kebanyakkan dari pengguna android masih lagi selesa menggunakan sistem operasi lama iaitu 4.4 (Android KitKat)



Melalui statistik di atas, kita boleh lihat pengguna OS Marshmallow berada dalam lingkungan 15%, kemudian menyusul dengan Lollipop dengan angka 14% (versi 5.0) dan 21% (pada versi 5.1). Manakala android KitKat masih berada pada tangga teratas dengan pencapaian sebanyak 29%.



Ini bukan kali pertama KitKat menduduki tangga teratas di dalam carta. Pada tahun lalu, sebelum Marshmallow dilancarkan, KitKat juga masih menjadi OS Robot Hijau paling popular dengan menguasai hampir 39%.
Powered by Blogger.