Censys: Enjin Carian Mesra Penggodam Yang Dikuasakan Oleh Google


Secara umumnya, apa jua peranti berasaskan Internet of Things (IoT) boleh dicari secara fizikal dan juga digital, antara dunia nyata dan dunia internet.

Jika anda ingin mencari informasi, anda boleh gunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Duck Duck Go, dan lain sebagainya, mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. Walaubagaimanapun, terdapat satu enjin carian yang dapat menghubungkan pengguna kepada peranti-peranti IoT.

Enjin carian tersebut ialah Censys, sebuah enjin carian mesra penggodam yang dikuasakan oleh Google.

Setiap hari, Censys akan mengumpulkan maklumat setiap peranti yang terhubung ke internet dengan menggunakan imbasan ZMap dan ZGrab kepada ruang alamat IPv4. Para pengguna boleh berinteraksi dengan maklumat ini melalui paparan antaramuka carian.

Carta memaparkan jalan kerja Censys

Jalan kerja ZMap

ZMap mampu melakukan imbasan terhadap ruang alamat IPv4 dalam tempoh kurang dari 5 minit, serta boleh mencari kerentanan sekuriti pada mana-mana peranti, laman web atau mesin yang perlu diperbaiki sebelum diekploitasi oleh penggodam.

Apapun, anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum dapat benar-benar mengaplikasikan enjin carian ini dalam kerja-kerja anda, kerana ia menjadi salah satu syarat untuk mengelak daripada ia disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ZMap, anda boleh hala ke pautan di sebelah: ZMap

Untuk hala ke Censys, klik --->   Censys


Powered by Blogger.