Facebook Memadam Laman ExtraTorrent Dan Profail Admin

Facebook telah melakukan satu tindakan drastik apabila mereka memadam laman rasmi ExtraTorrent selepas menerima aduan berkenaan hakcipta daripada para pemegang-pemegangnya. Tidak lupa juga mereka memadam-mengtongsampahkan-mengkecebur profail para admin laman tersebut.


Selain itu, mana-mana pengguna Facebook lain yang hendak mengepos pautan URL ExtraTorrent akan dikehendaki melalui pemeriksaan sekuriti tambahan oleh Facebook.

Apa yang agak sadis ialah laman Facebook itu telah mencecah lebih dari 10000 pengikut/likers.

Ia tidak terhenti di situ sahaja. Facebook juga telah melakukan langkah pencegahan apabila bukan sahaja laman utama/rasmi telah dipadam, bahkan juga setiap laman 'fan made' yang dibuat selepas itu, ia juga dipadam sejurus siap dibuat. Profail admin untuk laman buatan peminat itu juga dinyahaktifkan serta-merta.


Selamat tinggal lanun semua, sekarang adalah era baru, era di mana semua orang beralih kepada media pembelian.

Errr.. ye ke?


Powered by Blogger.