Gunakan SurfEasy VPN Secara Percuma Melalui Opera - Juga Terdapat Ad Blocker Dan Video Pop Out!


Kalau nak diikutkan, pelayar-pelayar web dari dulu hingga sekarang sentiasa akan cuba untuk memenuhi ekspektasi para pengguna. Secara jujurnya, saya sendiri sudah lama tidak menggunakan Opera kerana berasakan tidak ada keperluan.

Namun terdapat satu ciri baharu yang boleh didapati dalam versi saluran pembangun atau Developer Channel iaitu VPN terbina dalam yang telah disokong oleh SurfEasy VPN, sebuah anak syarikat Opera yang bertempat di Kanada.


Pengguna boleh memanfaatkan servis terbaru ini melalui Settings - Privacy & security. Tandakan pada kota 'Enable VPN', dan siap! VPN anda sudah pun diaktifkan. Ianya adalah VPN tanpa had kuota dan percuma (menurut Opera).

Selain itu, pengguna juga boleh mengubah lokasi IP mengikut kepada pelayan yang terdapat dalam pilihan VPN tersebut. Lihat pada paparan skrin di bawah.


Dengan adanya SurfEasy VPN yang diintegrasikan dalam pelayar web Opera ini, nampaknya Opera benar-benar cuba untuk menarik kembali perhatian pengguna kepada mereka. Selain cuba memenuhi ekspektasi pengguna yang semakin tinggi, Opera juga satu-satunya pelayar web yang kini mempunyai penyekat iklan (ad blocker) terbina dalaman.

Sebelum saya terlupa, dalam Opera Developer serta Beta, terdapat satu lagi ciri menarik yang membuat saya terus 'melekat', iaitu 'Video Pop Out'. Lihat pada paparan skrin di bawah ini.


Gambar di atas adalah contoh sewaktu saya menggunakan ciri Video Pop Out tersebut pada laman YouTube. Menarik bukan?

Jika anda berminat, sila muat turun dan gunakan Opera versi Developer Channel. Muat turun melalui button dibawah:

Download Opera Developer
Powered by Blogger.