Kenali 'Hacker' Pertama Yang Menggodam Facebook



Baru berjaya ceroboh satu akaun pengguna dengan phishing anda sudah mengaku diri anda sebagai Hackers? Oh sedih betul! Teringat pula kami dengan kisah "Facebook Hackers Has Been Hacked" dulu, sepi betul beliau selepas akaun peribadi facebook nya sendiri digodam. Oh itu mungkin cerita lapuk.

Seperti yang anda tahu, facebook merupakan patform sosial no 1 di dunia dengan pengguna yang paling ramai. Jadi sudah tentu facebook sangat mengambil berat tentang isu keselamatan mereka. Sehingga ke hari ini sudah banyak perentas dari kalangan white hat menemui kelemahan-kelemahan yang ada pada laman facebook.

Anda boleh lihat menerusi pautan ini: https://www.facebook.com/whitehat. Kalau perasan ada beberapa orang hackers dari Malaysia, kami cuma mampu tumpang bangga!



Masih ingat lagi anda dengan emotikon :putnam: ? Emotikon kepala seorang budak lelaki mendonggak ketas. Siapakah dia sebenarnya?

Dia adalah Chris Putnam, individu pertama yang berjaya merentas facebook melalui virus ciptaannya sendiri dengan mengexploitasi kelemahan pada XSS (cross site scripting). Apa yang lebih menarik apabila dia berjaya  mengubah paparan facebook kelihatan seperti laman Myspace. OMG sungguh!



Kini Chris Putnam merupakan salah seorang engineer hebat yang ada dibelakang Facebook.com. Itulah sejarah menarik disebalik emotikon :putnam: individu yang sama menyebabkan facebook kelihatan seperti Myspace dan bagaimana dia dapat bekerja di Facebook!
Powered by Blogger.