Penggodam Menyasarkan Pemain Pokemon GO Dengan Ancaman SMS Phishing


Masih lagi berkisar tentang Pokemon GO, tidak cukup dengan ancaman ransomware yang sudah sememangnya membimbangkan, kini pemain Pokemon GO juga diancam dengan penipuan (scam) SMS Phishing (Smishing).

Dalam pergerakan penipuan ini, penggodam telah cuba memperdayakan mangsa dengan menghalakan mereka kepada laman web yang dibuat khas untuk phishing, dengan nama  Pokemonpromo.xxx.

Menurut sumber dari AdaptiveMobile, penggodam menghantar beribu-ribu SMS ke pemain di Amerika Utara, yang mana ia mengandungi URL ke laman web phishing menyerupai laman web Pokemon GO. Laman itu menawarkan ganjaran kepada pemain sekiranya mereka merujuk 10 orang rakan. Pun begitu, ia telah dinyahaktif dan telah pun ditanda sebagai laman phishing.

Laman palsu Pokemon GO

Selain itu, terdapat juga penipun berasaskan tawaran 14,500 Pokecoins apabila pemain mengumpulkan 100 mata. Mesej tersebut mengandung pautan pemendek URL Google yang akan menghalakan mangsa kepada laman web spam. Penipuan lebih kurang serupa menawarkan giveaway Pokecoins kepada pemain dengan syarat mereka kongsikan kepada 5 orang rakan, bertempat di laman web bernama pokemon.vifppoints.xxxx.

Sebuah laman web phishing yang dinamakan sebagai 'Pokemon Generator' dikatakan akan menarik perhatian pemain untuk memberikan maklumat kata nama pengguna beserta kata laluan supaya Pokecoins dapat ditambah ke dalam akaun mereka.

Laman penipuan Pokecoins






Contoh SMS Phishing

Pesanan khidmat masyarakat dari kami, mungkin anda adalah seorang yang 'pakar' kerana tidak mungkin akan tertipu dengan penipuan-penipuan seperti ini, tetapi kawan-kawan anda, adik-beradik, atok, opah, kucing, tak mungkinlah semuanya IT-geek seperti anda. Jadi jika anda dapat bantu mencegah daripada terjadinya penipuan seperti ini di kalangan orang yang anda kenali, silalah lakukannya.

Semoga semua pemain tidak tertipu dengan muslihat licik dari mereka yang hanya ingin menangguk di air akuarium yang jernih. Easy money, sapa tak mau maaa.



Powered by Blogger.