'Ransomware' Virus Licik Dan Merbahaya Ini Bukan Hanya Menyerang Pengguna Windows Sahaja



Ransomware, hebat betul virus yang seekor ni. Boleh dikatakan seluruh dunia sudah heboh pasal Ransomware. Apa sebenarnya Ransomware ini ya? Secara total, Ransomware masih di dalam kategori malware tapi ia agak merbahaya dari kebanyakkan malware yang pernah wujud setakat ini.

Apabila Ransomware menyerang sesebuah komputer, ia akan mengunci semua fail yang ada dan membataskan penggunaan komputer. Jadi anda mungkin sedang berhadapan dengan risiko yang sangat teruk. Mungkin akan kehilangan semua fail buat selama-lamanya. *Mungkin


Bagaimana mendapatkan kembali fail yang dikunci? (encrypt)



Tujuan penciptaan virus jahat. Ransomware bukan sahaja mengunci fail dan membataskan pengunaan komputer, malah tiada apa yang dapat anda lakukan dengan komputer anda. Salah satu cara untuk menghilangkan Ransomware adalah dengan membuat pembayaran.

Anda diminta untuk membuat pembayaran dalam linkungan harga sekitar $600 usd hingga $24k usd. Mungkin ini adalah motif serangan Ransomware, Wang!!!. Erti kata lain, komputer anda menjadi tebusan. Huh.



Kebiasaanya Ransomware menyerang melalui email menerusi fail PDF. Sebab itulah anda diminta berhati-hati ketika membuka sebarang email dari orang yang tidak dikenali atau lebih baik abaikan sahaja.

Apabila Ransomware aktif, anda diminta untuk membuat pembayaran melalui pautan yang diberikan. Keadaan mendesak mungkin menyebabkan anda tidak fikir panjang dan terus melakukan pembayaran. Tapi nanti dulu, setelah pembayaran dibuat, tiada juga jaminan komputer anda akan elok seperti sediakala.


Ransomware bukan hanya menyerang pengguna Windows.



Tiada yang aman. Ransomware bukan sahaja menyerang pengguna Windows, malah ia juga mengancam pengguna Linux dan Mac OS. Ini berdasarkan laporan kes yang pernah berlaku sebelum ini.

Sentiasa waspada dengan ancaman siber seperti Ransomware ini, elakkan dari muat turun perisian atau apa jenis fail yang meragukan. Kemaskini terbaru, kebanyakkan perisian Anti Virus sudah banyak tawaran perlindungan dari Ransomware ini.

Di antaranya Avast, Kaspersky, Bitdefender, atau Malwarebit Anti-Exploit (premium). Tapi ini tidaklah bermakan 100% selamat dari terkena serangan, cuma sebagai langkah waspada atau pencegahan sebelum terkena.
Powered by Blogger.