Sekat Iklan Pada Android Tanpa Root Dengan Opera VPN Dan AdClear


Merujuk kepada artikel saya sebelum ini, Opera telah melancarkan (belum rasmi) 'Opera VPN', yang dikuasakan oleh EasySurf VPN, sebuah syarikat di bawah Opera.

Opera VPN tersebut dapat digunakan melalui Opera (Developer Channel). Selain itu, terdapat juga ciri menarik lain iaitu penyekat iklan (tolong whitelist omghackers okeh!) dan juga 'Popup Video'. Memang cun habis lah!

Baru-baru ini ada yang bertanya kepada abam, bagaimanakah caranya untuk pengguna Android yang enggan root supaya dapat menyekat iklan-iklan (yang tidak baik) di laman-laman web?

Oh, jangan bimbang. Ada caranya, iaitu dengan menggunakan Opera VPN (1) dan juga alternatifnya iaitu AdClear (2).

Mungkin kaedah ini tidak beberapa digemari sesetengah orang kerana seperti yang kita tahu, apabila VPN diaktifkan, kuasa bateri akan lebih cepat menurun dari biasa (walaupun ada sesetengah kes ianya ok sahaja)/

Opera VPN

Apa yang menarik tentang Opera VPN ini?

1. Ianya percuma, selain tiada sekatan data (data/kuota tanpa had).
2. Mempunyai beberapa senarai pilihan pelayan (server) yang boleh ditukar mengikut citarasa pengguna.
3. Menyekat iklan di laman-laman web yang dilayari.





Seven AdClear

Seven AdClear juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Opera VPN, yang mana ia tidak mempunyai had kuota data kepada pengguna, kerana ia sememangnya tidak menggunakan 'kuota data' anda.

Tidak dapat dipastikan bagaimana cara sebenarnya ia menyekat iklan kerana menurut penerangan aplikasi ini, ia menyalurkan trafik melalui telefon pengguna untuk menyekat iklan dan mengaktifkan rangkaian VPN, serta bukannya diaktifkan melalui pelayan. Anda boleh rujuk pada pautan di akhir artikel ini untuk meneliti sendiri bagaimana kaedahnya.

P/s: abam malas sebenarnya nak kaji-kaji nih, sebab abam guna AdAway [Root].
Hehehe. Jangan mara aaa.



Anda boleh muat turun mana-mana aplikasi yang anda ingin cuba melalui butang di bawah.

Download Opera VPN
Download Seven AdClear
Powered by Blogger.