Tingkatkan Prestasi Android Dengan L Speed [Root]


Adakah anda sering mencari cara yang lebih baik untuk melajukan atau meningkatkan lagi prestasi sistem operasi Android pada telefon pintar anda?

Sudah puas 'bermain' dengan custom ROM, custom kernel, tetapi masih ingin mencari cara lain untuk tambahkan lagi 'tweak'?

Anda boleh lakukannya dengan menggunakan aplikasi L Speed [Root].




Apa yang menarik? Oh well, dulu abam suka guna SD Maid. Tetapi SD Maid tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lain untuk tweak Android sesedap rasa. Ada juga aplikasi Kernel Adiutor tetapi ia kurang pula tweaking yang ada dalam L Speed.

Apa yang menarik lagi? Oh ya, seperti paparan skrin yang dapat anda lihat di atas, aplikasi L Speed ini cukuplah mudah untuk digunakan. Hanya tinggal klik pada toggle dan tetapan itu akan terus diaplikasikan pada sistem. Asalkan anda tahu apa yang anda buat, tiada masalah.

Antara tetapan yang ada ialah CPU Tuner, Cleaner, Seeder, Out-Of-Memory (OOM) Killer, Kernel Tweaks, LNET Optimizer, dan lain-lain lagi. Memang sangat banyak dan sangat terasa kepuasannya apabila semua tweak yang biasa kita gunakan ada dalam satu aplikasi.

Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk menukar DNS kepada DNS Google. Jadi, tidak perlu lagi gunakan aplikasi 'DNS Changer' yang lain seperti Override DNS.

Klik gambar untuk ke sumber

Muat turun aplikasi: L Speed Android Tweaking App


Powered by Blogger.