Twitter Sekat Lebih Dari 360,000 Akaun Berkaitan Isu Pengganas



Tidak dinafikan, penggunaan jaringan sosial seperti Twitter ini semakin mendapat sambutan hebat dari hari ke hari. Dalam penggunaan media sosial, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada bagaimana cara anda menggunakannya.

Baik atau tidak? Terpulang.

Kuasa internet boleh menghubungkan manusia di seluruh dunia tanpa sempadan. Kami boleh katakan internet hari ini sudah menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak.

Twitter, syarikat microblogging terkenal ini baru-baru ini memberitahu bahawa mereka telah menyekat lebih dari 360,000 pengguna akaun Twitter yang mana disabitkan dengan isu pengganas 'ISIS'.


Pada febuari lepas, Twitter telah menutup lebih dari 125,000 akaun atas alasan berkaitan dengan unsur keganasan khasnya negara-negara islam seperti Iraq. Menurutnya ini adalah salah satu usaha untuk menghalang mereka dari berhubung di antara satu sama lain.

Apa pun alasanya, bagi kami dunia siber ini sangat luas. Sedangkan internet itu sendiripun masih misteri siapa orang pertama yang menciptanya.
Powered by Blogger.