Bagaimana Remaja Ini Mendapatkan Akses Data 4G Tanpa Had Secara Percuma


Seorang remaja dari Amerika Syarikat, Jacob Ajit,  telah melepasi sekatan langganan rangkaian T-Mobile. Beliau telah menggunakan kad prabayar dan sebuah telefon pintar untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak untuk menggunakan rangkaian 4G T-Mobile tanpa langganan. Ternyata percubaan beliau telah membuahkan hasil apabila menemui kelemahan pada rangkaian tersebut.

Berikut adalah 'jalan kerja' beliau.

Pada mulanya, beliau hanya mendapati telefonnya masih mempunyai sambungan kepada rangkaian 4G, cuma ianya hanya akan menghalakan kepada portal yang meminta pengguna supaya menaik taraf pelan yang sedang digunakan.


Menurut Jacob, laman portal itu mempunyai pautan-pautan yang secara rawaknya jika diklik boleh memuat kandungan secara normal, seperti pelan data telah dilanggan. Kemudian, beliau mencuba pula jika terdapat mana-mana aplikasi yang masih boleh menggunakan rangkaian 4G.

Seperti yang dijangkakan, aplikasi Speedtest.net masih boleh menguji kelajuan internet dan memaparkan sehingga 20Mbps. Secara teorinya, aplikasi itu masih dapat menggunakan data, meskipun pelayan pada aplikasi Speedtest ditukar (kepada pelayan selain T-Mobile).


Jadi, disebabkan itu beliau menganggap bahawa pelayan Speedtest sudah pastinya berada dalam senarai putih bagi sekatan langganan. Oleh itu, Jacob ingin menguji bagaimana cara ia bekerja dengan menyambung kepada mitmproxy melalui komputer Mac beliau.

Beliau mendapati bahawa T-Mobile telah membenarkan laluan trafik melalui sebuah folder di bawah nama /speedtest. Jadi, melalui kaedah yang sama beliau memuat fail-fail lain dan hasilnya beliau telah pun dapat menggunakan rangkaian 4G T-Mobile secara percuma.


Namun, itu hanyalah fail-fail yang dimuat sendiri. Untuk mendapatkan akses bagi memuat dan muat turun seperti biasa, Jacob membuat satu tetapan proksi pada Heroku menggunakan Glype. Kemudian beliau terus mencubanya.




Profit! Sekarang beliau telah pun berjaya mendapatkan akses kepada rangkaian 4G tanpa membayar sebarang langganan untuk data! Jika anda berani, silalah cuba 'salin' jalan kerja beliau ini kepada mana-mana telco yang sedang anda gunakan. Manalah tahu, berjaya. Menarik bukan?

Sumber : Jacob Ajit
Powered by Blogger.