Opera Versi 40 Dilepaskan : Kini Mempunyai VPN Dan Ad-Block Terbina Dalaman


Beberapa minggu sebelum ini, Opera telah melihatkan beberapa pembaharuan dalam versi 'Developer' apabila membawakan VPN dan penyekat iklan terbina dalaman. VPN dari SurfEasy yang juga merupakan anak syarikat Opera itu mempunyai pilihan beberapa pelayan dari lokasi beberapa buah negara iaitu Kanada, Jerman, Netherlands, Singapura dan Amerika Syarikat.


Seperti yang disebutkan di atas, Opera telah menyertakan sekali penyekat iklan (ad blocker) secara natif, dan ini bererti anda tidak perlu lagi memasang add-on/extension ad blocker lain lagi, melainkan penyekat iklan ini tidak berfungsi seperti yang anda harapkan. Sepanjang ujian yang saya telah lakukan, well, ok-ok laaa.


Melalui tetapan Privacy & security, anda boleh aktifkan VPN terbina dalaman dan seterusnya dapat diubah tetapannya melalui bar URL. Ia juga akan memberitahu berapa banyak data yang telah anda guna sepanjang VPN dihidupkan.


Berminat nak guna? Muat turun opera dengan mengklik pada butang di bawah.

         Download Opera
Powered by Blogger.