Pelanggan Prabayar Digi Boleh Menikmati Langganan 3 Bulan iflix Secara Percuma


Tak taulah Digi ni ada affair ke apa dengan iflix (pun intended), tapi berita terbaru, mereka menawarkan langganan selama 3 bulan secara percuma kepada semua pelanggan prabayar untuk akaun iflix, yang perlu diakses menggunakan rangkaian Digi.

Mana-mana pelanggan yang mengaktifkan akaun iflix bermula dari sekarang hingga 20 September akan mendapatkan akses kepada iflix selama 3 bulan.

Kolaborasi sebelum ini telah menunjukkan bahawa Digi dan iflix dapat memberikan pilihan baru kepada pengguna pascabayar apabila mana-mana pengguna yang mengaktifkan pelan Digi Postpaid 80 akan segera mendapatkan akses kepada iflix selama 12 bulan.

Dengan akaun iflix yang premium ini, pengguna akan dapat menonton beribu kandungan yang terdiri dari pelbagai drama, filem, dan rancangan televisyen. Sebanyak 5 buah peranti boleh digunakan serentak termasuk telefon pintar, laptop, tablet, smart TV, dan sebagainya lagi. Langganan ini juga boleh dikongsikan kepada rakan atau ahli keluarga.

Jika anda pengguna prabayar Digi, sila ke pautan di bawah dan aktifkan iflix anda. Tidak boleh menggunakan VPN, kerana ia hanya akan 'mengesan' akaun anda secara automatik melalui rangkaian Digi sahaja, sama seperti pengguna pascabayar.

iflix | Digi
Powered by Blogger.