Penggodam Dedahkan E-Mel Peribadi Hillary Clinton Di Penjara Lebih 4 Tahun



Laporan susulan Penggodam yang mendedahkan kandungan emel peribadi milik Hillary Clinton dijatuhkan hukuman penjara 52 bulan oleh mahkamah di Virginia, semalam.

Marcel Lazar, 44 warganegara Romania menggunakan nama ‘Guccifer’ mengaku bersalah Mei lalu atas tuduhan termasuk menggunakan akses terlarang kepada komputer yang dilindungi serta menggunakan identiti yang dicuri.

Sebelum ini, dalam satu wawancara Lazar mendedahkan dia telah menceroboh server peribadi ketika calon Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjawat sebagai Setiausaha Negara AS di rumahnya di Chappaqua, New York.

Namun, pihak berkuasa menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai sia-sia, lapor Reuters.

Minggu lalu, hakim mengarahkan Jabatan Negara untuk menyemak 14,900 dokumen baharu, sebahagian besarnya dipercayai berupa emel peribadi kepada atau daripada Clinton yang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

FBI sebelum ini mendakwa Clinton 'amat cuai' dalam mengendalikan maklumat sensitif ketika beliau menjadi Setiausaha Negara dan mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap beliau.

Sumber: SH
Powered by Blogger.