Streamza : Strim Torrent Tanpa Klien, Tanpa Muat Turun, Tanpa Cintamu Aku Hampa.. Ehh Itu Lagu.


Tatkala kebosanan melanda, tatkala Netflix dah 'takde cerita apa' (pada hal berlambak aje), dan ketika Kodi pun dah tinggal 'main-main klik' aje, waktu itulah macam-macam idea dicari untuk hiburkan diri.

Ketika menyemak e-mel, terperasan pula ada banyak yang masuk dalam folder spam. Apabila dibuka, rupanya ada tersangkut promosi dari laman Streamza, menawarkan percubaan selama 2 minggu secara percuma. Pucuk dicita, ulam mendatang, bagai orang mengantuk disorongkan botol susu, dengan pantas ia dicuba. Ternyata pilihan tidak silap, meskipun konsep ini bukanlah baru.

Atas dasar niat ingin tahu apa yang menarik, maka laman Streamza pun dibuka, akaun lama digunakan semula, dan, puff! Beginilah paparannya.


Streamza mengambil konsep penstriman torrent melalui storan awan, tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu kandungan tersebut. Ala ZbigZ, tetapi ditambah fungsi strim video secara terus. Ia juga menyokong pautan magnet (ahhh I love this), dengan hanya menyalin pautan dan masukkan pada ruang bar carian, ia akan segera memasukkan torrent yang diingini ke dalam senarai muat turun.

Sempoy beb..

Apa yang bertambah menarik ialah, laman ini juga akan secara automatik memainkan video beserta sarikata sekiranya ada.

Siap subtitle baq hanggg..

Kalau filem/video tersebut tiada sarikata, maka, tiadalah. Hahahah. Contohnya macam paparan skrin bawah ni, abam sedang layan filem 'The Neighbor (2016)'. Bengang betul tengok filem ni. Otak pengarah dia memang sadistik. -_-

Selain itu, jika rakan anda mempunyai akaun Streamza, ada butang 'Share' kalau anda mahu berkongsi torrent yang anda suka.


Eheheh, cerita banyak tak guna. Sekarang ada promo, untuk 2 minggu akaun premium mereka lepaskan secara percuma. Kalau suka boleh cuba puas-puas dulu. Bila dah puas tapi malas nak bayar, kasik 'kensel' la.

Rasanya sekarang ni promo yang abam dapat ialah 4.99USD atau lebih kurang 20MYR+. Saja bagi korang figure bayaran bulanan dia, supaya korang rajinkan diri cuba juga sementara sedang promosi ni. Ok tata, chow-seen-chee aaa!

> Streamza
Powered by Blogger.