Tonton Hulu, The CW, Dan Lain-Lain Laman Penstriman Dari Luar US Tanpa Menggunakan VPN


Buat yang memang 'kaki tonton' memang akan mencari pelbagai cara agar dapat akses kepada laman-laman strim video yang dikhususkan untuk para penduduk asli Amerika Syarikat (AS). Cara yang biasa digunakan adalah mengaplikasikan VPN kepada rangkaian. Namun sejak Netflix, Hulu, dan lain-lain laman penstriman seperti itu mula menyekat alamat IP yang dikenali datang dari servis VPN, hobi ini seakan tersekat seketika.

Maka banyak jugalah servis yang cuba melawan tindakan ini dengan agresif, apabila setiap kali cuba disekat, mereka akan cipta dan buat pula cara lain bagi mendapatkan kembali akses. Dalam berbanyak cara, satu cara mudah ini nampaknya membuahkan hasil.

Memperkenalkan - Keenow - Free Smart DNS.

Apa itu Keenow? Keenow adalah pelayan DNS yang dikhaskan menjadi perantara laman-laman penstriman kepada pelayan proksi yang kebiasaannya terletak di Amerika Syarikat, sekaligus membolehkan pengguna melayari dan menonton laman-laman penstriman tersebut. Antara laman yang biasanya khusus untuk pengguna dari AS ialah Hulu, The CW, CNN Go dan pelbagai lagi laman - 70 kesemuanya disokong khas oleh Keenow.

Cara Menggunakannya

Caranya amat ringkas sekali. Apa yang perlu anda lakukan ialah - pasang extension/addon bagi pelayar web Chrome/Firefox. Kemudian tukar tetapan DNS anda kepada Keenow.

Preferred DNS Server: 62.210.122.43
Alternate DNS Server: 52.53.215.125


Selesai! Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menikmati kandungan dari laman-laman yang menyekat geo-lokasi khusus buat penduduk AS sahaja. Sekarang anda sudah boleh layari laman Hulu, The CW, dan lain-lain lagi tanpa bimbang kepada sekatan. Sekiranya cara ini tidak lagi berkesan (di masa akan datang), sila rujuk laman Keenow untuk mendapatkan sebarang berita kepada perubahan DNS (sekiranya ada).
Powered by Blogger.