TorrZan : Bot Yang Membantu Anda Muat Turun Torrent Melalui Telegram


Kali pertama saya mencuba TorrZan adalah pada bulan 5 yang lepas. Namun atas sebab saya amat jarang menggunakan Telegram, maka servis ini dilupakan hinggalah saya 'terbuka' kembali Telegram dan 'ternampak' pula conversation lama antara kami berdua, lalu saya pun terus menulis satu artikel untuknya (keh keh keh).

Secara mudah faham, TorrZan ialah bot yang berfungsi seakan laman ZbigZ. Ia ada akaun percubaan secara percuma, ada juga akaun premium berbayar. Akaun percuma akan memberikan kepada pengguna ruang storan sebanyak 1GB. Hmmm, memang tak cukup, memang kecil, dan sebab itulah percuma. Heheh.

Menyokong ciri pautan magnet yang lebih memudahkan, TorrZan juga akan memuat turun terus ke pelayan mereka sendiri terlebih dahulu, sekaligus mengurangkan risiko alamat IP pengguna daripada terdedah kepada 'pihak yang mencari'.


Menambah torrent adalah semudah ABC. Ia menyokong pautan magnet, jadi anda cuma perlu salin dan tampal sahaja URL magnet dari torrent yang anda mahu ke dalam ruang bual.

Lihat pada paparan skrin berikut.



Saya tak pasti apa sebab kukuh yang akan buat seseorang itu akan memuat turun sesuatu fail yang besar terutamanya torrent melalui Telegram. Tetapi kalau direnungkan kembali betapa teruknya sekatan internet di China, mungkin ia boleh jadi antara salah satu sebab. Mungkin muat turun melalui Telegram sahaja yang 'lepas'. Hmmm.. mungkin...


Seperti yang telah saya sebutkan di atas, Torrzan bukanlah servis 'cache' torrent secara percuma sahaja. Ianya servis berbayar, dan akaun bermula dengan pelan percubaan percuma sebanyak 3 fail torrent, dan seterusnya akaun 1 bulan, berjumlah $9.9 atau lebih kurang RM40+.


Saya yakin ramai antara pembaca yang hebat-hebat belaka. Mungkin dari akaun percuma itu anda boleh ehem*hejes*ehem bagi jadi 'muat turun tanpa had' pula, siapa tahu? Heheh.

Jika anda berminat, sila ke > Torrzan
Powered by Blogger.