U Mobile U Special Loyalty Program Dilancarkan Khusus Untuk Pelanggan Setia


Sebenarnya, kalau ditanya la pada saya, dalam banyak-banyak pelan telco, U Mobile lah yang paling menyerlah dan boleh dikatakan terbaik. Namun rungutan yang selalu kedengaran adalah "U Mobile mohon tingkatkan kualiti coverage area rumah saya!". Kalau tidak kerana satu sebab rungutan ini, rasanya kebanyakan pelan U Mobile memang sudah boleh membuat telco lain 'kepanasan' dalam dilema.

Jadi mungkin atas antara sebab-sebab tersebut, U Mobile kini menawarkan suatu program yang dinamakan sebagai U Special Loyalty Program/Programme, khusus untuk pengguna U Mobile yang layak. Diulangi, yang layak sahaja.



Dalam 'loyalty program' ini, mana-mana pengguna yang layak tersebut akan menikmati faedah dan ganjaran ketika mereka berkembara, seperti e-voucher untuk makanan percuma di rangkaian Starbucks yang mengambil bahagian di KLIA atau KLIA2, insurans perjalanan percuma, dan kadar istimewa untuk penginapan di Berjaya Hotel Resorts yang terpilih.

Program ini adalah percuma, tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan, dan pengguna yang terpilih akan dihubungi melalui SMS atau e-mel. Kelayakan adalah melalui jemputan sahaja, dan ia tidak boleh dipindah milik. Untuk melayakkan diri, pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam setiap bil dan telah bersama dengan U Mobile minimum 12 bulan ke atas. Kelayakan ini akan dinilai setiap 6 bulan.

Jika anda pengguna U Mobile dan ingin menyemak sama ada anda layak atau tidak untuk program ini, anda boleh semak melalui pautan INI, atau melalui aplikasi MyUMobile.

Antara faedah dan keistimewaan yang akan diperoleh dalam program ini ialah:


Powered by Blogger.