Mengapa Google Pixel Tiada OIS?


Spesifikasi Google Pixel sememangnya - boleh tahan. Tidak terlalu dahsyat, tidak pula terlalu 'biasa'. Tetapi ada antara spesifikasinya yang dirasakan sedikit terkebelakang berbanding flagship semasa.

Antara spesifikasi yang sedikit mengecewakan (ok-ok, boleh tahan kecewa jugak la) ialah ketiadaan Optical Image Stabilization (OIS) dan diganti dengan Electronic Image Stabilization (EIS).

Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh 'IssacOnCamera' - 'Camera Lead' Google Pixel.

Menurut beliau, kedua teknologi mempunyai matlamat berbeza. OIS dicipta untuk menambahbaik fotografi dalam suasana gelap (low-light) dengan cara membantu mengurangkan gegaran pada tangan sewaktu peranti sedang mengambil gambar. Sebaliknya pula dengan EIS, ia dicipta untuk menambahbaik gegaran pada video dengan cara mengekalkan konsistensi rangka video.

Menurutnya lagi, EIS dicipta untuk video, sedang OIS lebih kepada penggambaran dalam suasana gelap. Atas kerana itu Google tidak mengambil 'manfaat' daripada OIS disebabkan 'kehebatan' mereka mencipta perisian/firmware yang dapat menyamai kualiti OIS dan Pixel juga sudah cukup baik prestasi kameranya pada suasana gelap tanpa OIS.

Beliau menegaskan, Google mempunyai algoritma perisian bertaraf dunia, yang telah terbukti berjaya menyaingi mana-mana kamera telefon pintar yang mempunyai modul OIS. Juga dengan algoritma perisian berbanding perkakasan OIS, Pixel mampu menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Apa yang penting ialah hasil gambar yang lebih baik, dan bukan bagaimana cara Pixel menghasilkannya.

> Pixel User Community
Powered by Blogger.