Sampel Gambar Dan Video Google Pixel : Kualiti Yang Sangat Wow!


Kita dah tahu kamera pada Google Pixel telah pun ditabal oleh DxOMark (ye ye DxOMark masih boleh dipertikaikan kredibiti mereka) sebagai kamera terbaik antara semua telefon pintar yang ada. Walaupun kredibiliti DxOMark masih menjadi persoalan, namun setelah melihat hasil gambar seperti di bawah, boleh dikatakan kesemuanya amat mengagumkan bagi sebuah kamera telefon pintar.




Gambar-gambar ini telah dipos di album Google Photo oleh Isaac Reynolds. Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar lain yang ada dimuat naik di situ.

Album tersebut yang bertajuk #Nofilter needed with your new Pixel itu memaparkan gambar-gambar yang diambil menggunakan Pixel XL, walaupun data EXIF gambar-gambar itu menunjukkan ia telah disunting dengan aplikasi seperti Snapseed dan VSCO. Suntingan tidak sama dengan cara menggunakan 'filter', namun menurut pemahaman saya, anda boleh ambil gambar dan mendapat hasil yang menarik tanpa perlukan bantuan 'filter' untuk menambah-taraf kualiti. - Sumber Pixel User Community

Selain itu, terdapat juga sampel video 4K di YouTube yang telah dimuatnaik oleh sebuah saluran bernama Ron8it. Video itu juga telah direkod menggunakan Pixel XL. Anda boleh tonton ia pada video yang telah saya letakkan di bawah ini. Berikut adalah rakaman pada sumber cahaya 'normal'.


Ini pula adalah rakaman ujian Pixel XL pada suasana gelap.


Amacam? Apa pendapat anda tentang kualitinya?
Pendapat abam? Loan AEON Credits ada tak untuk Google Pixel ni agak-agak?

Kah kah kah. Adoi murung sekejap hidup ini. Hmmm. Sesapa sponsor abam sebijik. >.<
Powered by Blogger.