[Trik] Terjemahkan Perkataan Menggunakan Kamera Telefon


Ramai yang tidak suka pasang banyak aplikasi dalam telefon bimbit masing-masing kerana tidak mahu ruang storan penuh dengan aplikasi-aplikasi yang kurang penting. Namun tahukah anda, anda boleh menjadikan kamera pada telefon pintar anda bertukar menjadi penterjemah?

Ya, dengan menggunakan Google Translate. Ciri ini dah lama dilepaskan kepada umum, namun tak ramai yang ambil perhatian, mungkin kerana atas sebab di atas - malas nak penuhkan ruang storan - jadi malas nak ambil tahu.

Jika anda tahu betapa mudahnya hidup selepas menggunakan Google Translate untuk menterjemah perkataan-perkataan di dinding tandas, di papan tanda, dan di mana-mana yang kelihatan depan mata, pasti anda akan rasa tidak rugi memasangnya kali ini, tambahan pula ia cuma lebih kurang 8MB sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan ialah pasang dahulu Google Translate.
Muat turun mana-mana bahasa yang anda mahu untuk tujuan terjemahan luar talian (offline).

Seterusnya, buka aplikasi. Di hujung sebelah kiri, anda akan dapat lihat ikon kamera. Tekan padanya.


Kemudian, halakan kamera anda kepada perkataan yang anda ingin terjemah dan tekan butang 'capture'. Ia akan mengimbas perkataan dan akan menggariskan ia untuk anda pilih.


Pilih mana-mana perkataan yang anda mahu. Ia akan terus menterjemah perkataan tersebut, terima kasih kepada kehebatan Google Translate yang kita semua sudah sedia gunakan dari dahulu.


Yeap, that's all for now. Heheh. Nanti abam kongsikan trik lain yang lebih menarik. Malas nak tulis tutorial yang kompleks sangat, takut hangpa tak baca. Ok lah, chow-seen-chiii!
Powered by Blogger.