18 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 16.04 LTS/16.10


Ye ye, Ubuntu 16.04 ni dah dilepaskan lama dulu. Tapi saya cuba sekalikan dengan Ubuntu 16.10 akibat pelbagai perkara yang perlu saya hadiri (biasa la, kerja pejabat ada kursus, heheh.).

Oleh, berikut saya jamakkan kesemua perkara yang saya lakukan setelah siap pemasangan Ubuntu 16.04 (saya guna LTS sebab malas fikir kemaskini versi setiap 6 bulan). Secara asasnya apa yang saya lakukan adalah pasang aplikasi yang diperlukan supaya sistem dapat berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak saya.

Saya senaraikan kesemua aplikasi-aplikasi penting beserta baris perintah/pautan untuk memasangnya.

1. Kemaskini sistem

Sebaik siap pemasangan, apa yang patut anda lakukan ialah kemaskini terlebih dahulu sistem operasi Ubuntu anda. Kalau memerlukan untuk mulai semula, maka mulai semulalah sistem operasi anda sebaik selesai kemaskini.


2. Pasang Chrome

Sejak dari mula Firefox menjadi pelayar web lalai pada Ubuntu. Namun pelayar web pilihan saya semestinya Google Chrome. Muat turun ia pada pautan ini : Google Chrome


3. Pasang Codec

Untuk codec yang lengkap serta sokongan pemain flash, anda boleh pasang 'ubuntu-restricted-extras'.

sudo apt install ubuntu-restricted-extras

4. Pasang Guake

Guake adalah terminal kegemaran saya disebabkan ia boleh 'muncul' dari atas skrin dan jika terlihat oleh orang lain, "Woahhh", adalah antara dialog yang biasa didengar. Heheh. Rasa macam nerd pun ada dibuatnya.

sudo apt install guake


5. Pasang SM Player

Ini adalah pemain video kegemaran saya, dan saya memilih SM Player sebagai nombor satu berbanding VLC kerana ia ada fungsi untuk 'boost volume' bagi mana-mana video yang audionya agak perlahan.

sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install smplayer smplayer-themes smplayer-skins


6. Pasang Unity Tweak Tool

Apabila menggunakan Ubuntu (Unity), tidak dapat tidak aplikasi ini diperlukan bagi memudah kerja. Tukar tema, tukar ikon dan sebagainya lagi boleh dibuat dengan GUI ringkas.

sudo apt install unity-tweak-tool



7. Pasang GIMP

Pada sesetengah orang lain, GIMP tidak sama 'level' dengan Photoshop. Namun pada saya, jika pandai menggunakan ia, GIMP boleh juga melakukan pelbagai manipulasi imej yang setanding.

sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update
sudo apt-get install gimp gimp-gmic gmic
sudo apt-get install gimp-plugin-registry



8. Pasang Handbrake

Saya amat meminati suntingan video. Salah satu aplikasi suntingan yang bagus bagi Ubuntu ialah Handbrake. Ianya adalah satu aplikasi lagenda, selagenda Ubuntu itu sendiri. Tapi biasanya Handbrake ini saya gunakan untuk proses pemampatan saiz video.

sudo add-apt-repository ppa:stebbins/handbrake-releases
sudo apt update
sudo apt install handbrake-gtk



9. Pasang Bleachbit

Windows ada CCleaner, Ubuntu ada Bleachbit. Mudah faham bukan? Aplikasi ini boleh membantu anda membersihkan sampah sarap yang ada dalam sistem sekaligus menjadikan sistem lebih lancar seakan baru dipasang.

sudo apt install bleachbit



10. Pasang OpenShot

OpenShot ialah sebuah lagi aplikasi penyunting video yang sangat penuh dengan ciri, yang mana jika anda biasa menggunakan Corel VideoStudio dalam Windows, anda akan cepat berasa serasi dengannya.

sudo add-apt-repository ppa:openshot.developers/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot-qt



11. Pasang Tema dan Ikon

Bab ini saya serahkan sepenuhnya kepada kreativiti anda. Untuk tema dan ikon kebiasaannya saya akan cari di blog 'Noobslab'. Pandai-pandailah anda cari mana-mana yang kena dengan minat anda ya.

12. Pasang Internet Speed Meter Ubuntu

Pada Windows ada Netspeed Monitor, Ubuntu pula ada Indicator Netspeed Unity. Secara ringkasnya ia memaparkan kelajuan internet muat turun dan muat naik secara langsung.

sudo add-apt-repository ppa:fixnix/netspeed
sudo apt update
sudo apt install indicator-netspeed-unity


13. Pasang TLP

TLP digunakan bagi mengawal suhu laptop anda supaya ia sentiasa dalam keadaan suhu yang optimum/sejuk.

sudo add-apt-repository ppa:linrunner/tlp
sudo apt update
sudo apt install tlp tlp-rdw
sudo tlp start

Selepas perintah terakhir itu, anda tidak perlu fikir apa-apa lagi kerana ia dijalankan secara auto. Oh ya, ia tiada paparan antaramuka pengguna.

14. Pasang Spotify

Apa lagi yang perlu saya ceritakan tentang Spotify? Cukuplah anda tahu muzik pada mana-mana sistem operasi pun akan lengkap dengan adanya Spotify. Tak payah banyak fikir, gunakan saja baris perintah berikut untuk memasang ia.

sudo apt-key adv --keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 --recv-keys BBEBDCB318AD50EC6865090613B00F1FD2C19886 
echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list 
sudo apt-get update
sudo apt-get install spotify-client


15. Pasang aplikasi seumpama WinRAR

Anda akan memerlukan 'alatan' ini untuk membuka mana-mana fail .rar dan .zip. Gunakan perintah di bawah bagi memasang alatan berkaitan.

sudo apt install rar unrar unzip

16. Pasang OpenVPN

Ini juga adalah suatu 'bab' yang tidak memerlukan intro panjang dari saya, dek kerana sudah terlalu banyak artikel mengenai OpenVPN yang telah saya catatkan di blog ini. Gunakan sahaja bar carian di atas untuk mencari artikel-artikel mengenainya.

Jika anda ingin memasang OpenVPN:

sudo apt install openvpn network-manager-openvpn

Pilihan :

17. Pasang NeoFetch

Neofetch akan memaparkan informasi sistem operasi dan peranti pada Terminal di sebelah logo sistem operasi yang sedang digunakan. Ianya seperti Screenfetch namun dengan lebih perincian serta info.

sudo add-apt-repository ppa:dawidd0811/neofetch
sudo apt update
sudo apt install neofetch

18. Pasang Internet Download Manager Ubuntu

Buat sementara waktu ini saya tidak menggunakan mana-mana pengurus muat turun pada Ubuntu, namun jika anda ingin menggunakannya, saya syorkan FlareGet kerana GUI padanya sangat menyerupai IDM pada Windows.

Muat turun : FlareGet
Powered by Blogger.