Agenda Apakah Disebalik OnePlus 3T? Farewell OnePlus 3?

Luaran sama, tapi dalaman berbeza, itulah OnePlus 3T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Khabar angin mengenai keluaran produk baru OnePlus, akhirnya benar belaka.
OnePlus melancarkan OnePlus 3T, sebagai penganti OnePlus 3 pada 16 November 2016, 2 AM waktu Malaysia.

Tidak sampai 6 bulan selepas perlancaran OnePlus 3, mereka lancarkan produk baru iaitu OnePlus 3T. Mungkin cepat sangat mereka lancarkan produk baru yang membawa penambahbaikan yang mengagumkan hanya tambahan $40 - $50 (RM176.35 - 220.44). Ramai pengguna OnePlus, terutama sekali pengguna OnePlus 3 melahirkan rasa kecewa kerana pihak OnePlus mengeluarkan model baru untuk mengantikan jangkahayat OnePlus 3. Paling penting, OnePlus 3 tidak lagi sebagai peranti yang dah sampai ke penghujung hayatnya dari segi ketersediaan rasmi (bermakna tiada lagi warna Graphite). 


Kini, OnePlus 3T menjadi flagship syarikat yang bergerak ke hadapan walaupun kedengaran seperti satu langkah yang radikal bagi syarikat tersebut namun pengguna OnePlus 3 jangan bimbang kerana sokongan perisian bagi OnePlus 3 akan bersambung bersama dengan OnePlus 3T, iaitu dua versi dalam peranti yang sama. Perisian tidak akan serentak pada pelancaran produk, mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk kedua-dua peranti ni menggunakan versi OxygenOS yang sama. Selepas itu, kedua-duanya akan mendapat kemaskini serentak sepanjang tempoh sokongan masing-masing.

Menurut OnePlus, OnePlus 3T dicipta selepas pelancaran OnePlus 3 kerana bekalan perkakasan yang terhad, dan melaksanakan penambahbaikan ini ke dalam peranti baru untuk mengoptimumkan barisan mereka. OnePlus tidak boleh mengendalikan pengeluaran pelbagai SKU pada masa yang sama, walaupun dalam sebahagian besar kerana kesukaran untuk mengekalkan pesanan yang berbeza (seperti processor, kamera dan lain-lain) pada dua set permintaan, tetapi  juga kerana pelbagai komponan berkongsi, dan ada juga yang jarang daripada yang lain.

Kita semua sudahpun tahu yang OnePlus 3 sudah kehabisan stok pada beberapa bulan yang lepas, dan penghantaran kelihatan sangat-sangat lambat. OnePlus beritahu, bahawa pembangunan OnePlus 3T bukan punca gangguan ini, dan terdapat dua aliran pengeluaran.Sebaliknya, mereka berkata ia mempunyai kaitan dengan peranti yang mencapai akhir-hidup yang hanya untuk beberapa minggu yang lalu.

Kebanyakan komponan merupakan tepat dan sama serta pengalaman juga turut sama sangat-sangat pada kedua-dua peranti. Sebagai contoh, kamera belakang, bukan sahaja sama dari segi perkakasan tetapi juga pengalaman yang dihasikan turut sama (tiada perbezaan dalam algoritma pemprosesan imej), kecuali kemasukan kemaskini EIS untuk video (Gambar kamera belakang OnePlus 3 sama saja dengan OnePlus 3T) serta kedua-duanya akan menjalankan pengoptimuman yang sama. Kamera depan ja jahat kerana 16MP, whatt?

Perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan kapasiti bateri iaitu dari 3,000mAh kepada 3,400mAh merupakan kelebihan yang jelas, dan ia difahami mengapa pengguna OnePlus 3 begitu kecewa kerana mempunyai bateri yang kecil, tetapi dimensi dan berat sama! OnePlus menyatakan bahawa profil tipis untuk reka bentuk yang lincin adalah salah satu keutamaan mereka apabila membina OnePlus 3, itu merupakan salah satu sebab mengapa bateri 3,000mAh. Walau bagaimanapun, bateri OnePlus 3T tidak secara fizikal lebih besar, tetapi sebaliknya ia telah melalui perubahan voltan yang lebih selamat dari 4.35 volt kepada 4.4 volt. (yang menjelaskan peningkatan 13% dalam mAh, bijak-bijak)

Berbalik pada topik perisian, OnePlus 3T memang dilancarkan bersama Android Marshmallow dan kemungkinan akan mendapat kemaskini Android Nougat sebelum tamatnya tahun 2016. OnePlus juga mengumumkan bahawa Nougat Community Build untuk OnePlus 3 akan datang dalam masa beberapa minggu lagi. (pada 16 November yang lalu OnePlus telahpun lancarkan kemaskini bagi OnePlus 3 dengan nama baru iaitu OP3_O2_Open_7 merupakan Beta yang ke-7). Ia juga perlu diambil perhatian bahawa versi OxygenOS yang OnePlus 3T pakai juga sama dengan Community Build termasuk UI dan reka bentuk yang bermakna tidak hampir dengan Stock Android sebagai tapak firmware utama kini boleh didapati untuk OnePlus 3. Jadi, pengguna OnePlus 3 telahpun menjadi penguji-beta bagi firmware yang bakal OnePlus 3T dilanckan bersama. Tiada sokongan Daydream untuk OnePlus 3T sama ada syarikat tersebut sedang membuat pilihan untuk mengetahui standard VR yang manakah yang mereka harus sasarkan, dan mereka menunggu untuk melihat bagaimana pasaran yang membangun pada Android.

Akhirnya, OnePlus maklumkan bahawa ini tidak menunjukkan barisan yang baru dan pengguna tidak boleh membuat kesimpulan bahawa akan ada dua SKU berasingan (satu model jadi superior) pada tahun 2017 dan seterusnya. Mereka mendakwa bahawa OnePlus 3T adalah satu fenomena keadaan dan bagi mereka untuk melepaskan peranti pada masa kini kerana pengoptimuman teknologi dan hubungan yang rumit antara bekalan, permintaan dan ketersediaan komponen. Ingat, OnePlus 3T akan dapat developer yang sama seperti OnePlus 3, termasuk masa sumber dilepaskan serta tidak akan hilang jaminan pada peranti sekiranya rooting/flashing ROMs. :)

Jadi, usahlah bersedih kerana ada penganti OnePlus 3, kerana OnePlus 3 masih lagi bad-ass phone ever made. hahaha. Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen pada ruang di bawah. 

Sumber, xda-developers
Powered by Blogger.