Cara 'Memaksa' Windows Untuk Memadam, Memindah, Dan Menamakan Semula Fail Yang Terkunci


Semua sistem operasi ada pro dan kontra, ada kelebihan dan kekurangannya yang jika anda tahu cara menangani, ianya semudah alif ba dan ta.

kadang-kadang anda berasa seolah anda adalah 'tuan' kepada PC anda, sehinggalah sistem operasi mula menderhakai.

Ada fail yang anda ingin namakan semula (rename), padam (delete), atau pindahkan (move) tetapi tidak dapat dilakukan kerana telah dikunci (locked) oleh sistem operasi Windows yang memang suka memandai-mandai. Heheh.

Walaubagaimanapun, ada cara untuk lakukannya. Dulu, kita ada 'Unlocker'. Namun perisian itu telah menjadi abandonware (R.I.P). Apapun kita masih ada penggantinya, iaitu 'IObit Unlocker'. Ia adalah perisian yang mempunyai fungsi yang sama, iaitu 'membuka' kunci (unlock) setiap fail yang terkunci oleh sistem dan membolehkan anda untuk menamakan semula, memadam, memindahkan, dan apa juga yang anda rasa anda boleh buat dengan fail tersebut.


Apa yang anda perlu lakukan ialah pasang perisian IObit Unlocker ini, dan anda sudah boleh gunakan ia melalui integrasi dengan explorer.


Muat turun : IObit Unlocker
Powered by Blogger.