Google Memperkenalkan Terjemahan Neural Pada Google Translate



Jika anda pengguna tegar Google Translate seperti saya, anda pasti tahu betapa robotiknya terjemahan yang dibuat. Kadang-kadang kelakar, kadang-kadang menyampah juga. Hahah.

Apapun, Google translate sememangnya banyak membantu dari segi pemahaman bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris. Walaupun terjemahannya perlu dihadamkan terlebih dahulu, tetapi ianya boleh difahami.

Namun itu semua akan berubah.

Google kini memperkenalkan sebuah penambahbaikan, pembaharuan yang signifikan. Sebelum ini, Google telah memasukkan ciri pembelajaran mesin (machine learning) ke dalam Google Play Music.

Ia dapat membantu pengguna seperti anda untuk mengenalpasti jenis lagu yang anda minat, dan dalam usaha menjadikan servis penstriman Google Play Music lebih 'bijak'.



Tak lupa juga Google telah mengumumkan Rapid and Accurate Image Super-Resolution atau RAISR, sebuah metod menjana imej yang lebih besar daripada saiz asal yang lebih kecil menggunakan algoritma pintar dengan memasukkan perincian dengan nilai daripada pixel sekeliling.


Terkini, Google memasukkan pula ciri terjemahan neural atau Neural Machine Translation bagi menjadikan terjemahan Google Translate lebih tepat, dan bukan lagi robotik.

Antara sebab kenapa ia menjadi terjemahan yang kelakar dan tidak 'kena' dengan ayat ialah ia menterjemah satu demi satu patah perkataan dan bukannya keseluruhan konteks ayat tersebut.

Namun, melalui terjemahan neural, Google Translate akan cuba mendapatkan maksud kepada keseluruhan perkataan melalui - juga algoritma pintar, dan pembelajaran mesin.

Nampaknya, selepas ini, kita akan hidup bersama pelbagai kepintaran tiruan, dicipta oleh syarikat gergasi, yang tahu kesemua info tentang kita. Anda rasa?
Powered by Blogger.