Muat Turun Video YouTube Di Android Menggunakan Aplikasi Dentex


Kebiasaannya, abam memang hanya menonton secara terus video-video di YouTube. Agak jarang muat turun kecuali hendak dimuat naik dan dikongsikan di Facebook.

Tetapi bagi sesetengah yang lain, mereka memerlukan versi luar talian (offline) kerana had kuota yang kecil. Ini amatlah dapat difahami kerana isu kuota ini bukan perkara baru.

Apapun sebabnya, hak muat turun adalah hak kami! (Dah macam iklan Milo pulak dah).

Atas sebab itulah abam menulis artikel ini.

Sebenarnya, artikel asal, saya nak tulis 5 aplikasi terbaik pemuat turun video YouTube di Android. 5 aplikasi tersebut adalah AIO Downloader, Dentex, TubeMate, Videoder, dan WonTube. Namun atas sebab kesemuanya adalah pemuat turun bagi satu laman yang sama, oleh itu saya mengambil keputusan untuk hanya menulis salah satu dari 5 aplikasi itu iaitu Dentex.

Kerana apa? Kerana saiznya yang paling kecil, paparan antaramuka pengguna yang mudah difahami (meskipun tidak sepenuhnya menggunakan spesifikasi Material Design), dan pelbagai pilihan yang terdapat dalam tetapan.

Berikut adalah beberapa paparan skrin aplikasi Dentex.


Anda boleh mencari mana-mana video dengan bar carian di atas, cuma anda tidak ada pilihan untuk log masuk ke akaun Google anda. Jadi, tiada video rawak yang dapat dilihat pada paparan hadapan aplikasi ini.


Sebaik memilih salah satu daripada pilihan carian, anda akan diberikan dengan senarai format video dan audio yang boleh dimuat turun. MP4, WebM, 3GP, dan MP3 adalah pilihan-pilihannya.


Anda juga boleh membuat tapisan pilihan menggunakan ciri 'filter' yang terdapat pada menu.


Pemuat turun (downloader) akan mendapatkan pautan terus pada video dan proses muat turun akan dimulakan sebaik sahaja anda klik pada 'Download Here'.


Pilihan tetapan memaparkan ciri seakan Internet Download Manager iaitu muat turun secara serentak dan berangkai untuk melancarkan proses muat turun video.

Anda ingin cuba? Nah, pautan muat turun ada di bawah.

Dentex YouTube Downloader For Android
Powered by Blogger.