PhotoScan : Aplikasi Terbaru Google Khas Untuk Mengimbas Gambar


Selepas RAISR untuk gambar digital yang kekurangan kualiti akibat pelbagai medium, Neural Machine Translation untuk terjemahan Google Translate yang lebih baik dan Machine Learning untuk Google Play Music agar penstriman menjadi lebih 'pintar', kini Google mengumumkan pula PhotoScan, aplikasi khusus untuk mengimbas gambar lama anda.

Google menggelar ia sebagai 'computational photography' atau fotografi dengan kaedah pengiraan. Ia dapat menukar gambar lama anda kepada gambar versi digital menggunakan kamera pada telefon pintar.


Melalui video di atas, dapat kita lihat bahawa PhotoScan memerlukan anda untuk mengimbas gambar pada empat penjurunya dan kemudian ia akan menggabungkan kesemua 'penjuru' gambar tersebut dengan (sekali lagi) algoritma pintar/kiraan matematik lalu menghasilkan sebuah gambar sempurna tanpa pantulan cahaya dan lain-lain yang 'merosakkan' gambar digital anda.

Apa lagi tunggu? Jom cuba.

Muat turun : PhotoScan by Google Photos
Powered by Blogger.