Maaf sila aktifkan javascript.

10 Laman Torrent Terbaik Bagi Tahun 2017

Imej kredit kepada Make Tech Easier

Tahun 2016 menunjukkan kejatuhan bagi beberapa laman torrent yang memberikan impak kepada pengguna tegar. Laman seperti KickassTorrents (KAT) ditutup setelah pengasasnya ditahan oleh pihak berkuasa sebelum ia dibuka semula dengan usaha oleh bekas staf KAT.

Namun dalam jatuh ada bangunnya. Berikut disenaraikan 10 laman torrent yang saya sendiri jadikan sebagai tempat untuk muat turun (yang terbaik sahaja saya senaraikan) bagi tahun 2017.

Ambil perhatian senarai ini tiada kaitan dengan rank laman-laman ini di Alexa atau seumpama dengannya. Saya hanya senaraikan mengikut kepada apa yang saya anggap sebagai terbaik. Terdapat nama-nama baru yang bakal mewarnai persada torrenting.

1. RARBG


Mungkin ada yang pelik kenapa saya tidak meletakkan The Pirate Bay atau KickassTorrents di carta nombor satu ini. Saya menilai bukan hanya berdasarkan kepada ranking ia di Alexa semata-mata seperti sesetengah laman/blog lain. Tetapi saya gariskan panduan laman torrent harus ada paparan yang kemas, ada semua yang ingin dicari oleh pengguna, dari perisian, video, audio, dan sebagainya, serta kandungan yang dikemaskini lebih awal dari alternatifnya.

Paling penting, jumlah seeders adalah amat memuaskan hati serta torrent yang disimpan sentiasa aktif bagi memastikan kelancaran muat turun. Maka RARBG adalah pilihan saya.

2. SevenTorrents


SevenTorrents hanya menyediakan filem (video). Tetapi meskipun ia hanya menyediakan indeks, ia meletakkan video-video dalam susunan mudah faham serta mengikut urutan kualiti dari CAM hinggalah kepada BRRip. Ini amatlah memudahkan pengguna, terutama mereka yang sentiasa ingin mencari video dari filem-filem terbaru.

3. 1337x


1337x tidak sepopular laman torrent lain, tetapi laman ini mengalami beberapa perubahan pada paparan dan menunya yang menyebabkan ia tidak dapat dikecualikan dari menduduki tangga teratas. Laman yang 'kemas' seperti inilah yang lebih patut dipromosikan.


Laman ini tidak perlukan promosi lagi. Ia diletakkan di kedudukan nombor satu oleh Torrent Freak dan digelar sebagai 'king of torrents'. Saya kurang bersetuju dengan kenyataan dan gelaran seperti itu hanya kerana ranking Alexanya hebat dan ia merupakan laman torrent tertua, namun ini adalah dapat difahami memandangkan TPB adalah laman yang iconic, mengalami zaman jatuh bangunnya yang hebat dan tersendiri.


Ini juga adalah laman torrent yang tidak perlukan introduksi. Siapa yang tidak kenal dengan KickassTorrents atau KAT bermakna dia belum cukup 'hardcore' lagi dalam 'bidang' muat turun fail-fail melalui torrent. Setelah ia dibangunkan semula oleh bekas staf, laman KAT mula menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.

6. Zooqle



Zooqle adalah nama baru (saya yang baru mengenalinya) dalam kalangan laman torrent. Secara asasnya, kelihatannya ia menyediakan indeks fail torrent dengan cukup 'stail' sekali. Sangat kemas dan mudah untuk pengguna mencapai mana-mana menu penting. Zooqle adalah laman yang patut anda kunjungi.


Saya amat menyukai laman ini walaupun ianya dalam bahasa Rusia (gunakan Chrome untuk terjemahan automatik), dek kerana ianya adalah 'lubuk' atau tempat utama jika saya ingin mendapatkan album-album penuh dari band-band yang saya minati. Sangat disyorkan jika anda juga mempunyai minat yang sama.


Laman ini amat 'ringan' sekali, serta bebas dari iklan-iklan dan popup yang menyakitkan hati. Anda boleh masuk ke laman ini dengan hati yang tenang tanpa risaukan iklan. Oh ya, peminat anime pasti akan suka dengan LimeTorrents.


Laman ini memudahkan pengguna apabila menyediakan torrent-torrent dalam senarai dan kategorinya yang masing-masing. Ia disusun dalam format yang menyenangkan bagi mata memandangnya.


Laman terakhir ini juga kurang popular, tetapi saya agak terperanjat juga apabila ada torrent yang sukar untuk didapati boleh diperolehi di sini. Sudah pasti ini adalah laman yang berada dalam bookmark apabila saya ingin mencari sesuatu yang mungkin 'tersembunyi' dari paparan di laman-laman yang lain.

Baiklah. Setakat ini sahaja untuk artikel ini. Jangan lupa klik butang share di bawah untuk kongsikan artikel ini dengan rakan anda.
Powered by Blogger.