Maaf sila aktifkan javascript.

webe, Berbaloikah? Nak Apa Lagi?

webe, we can be anywhere as long have coverage :P, kredit gambar technave 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai webe
Apa itu webe? Best sangat ka webe ni? Agenda barat ka nak melingkupkan orang ramai?
Saya akan terangkan kat bawah ni, please calm your hormones and enjoy this bored article xD

webe ini merupakan salah satu produk TM (Telekom Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai Packet One Networks atau nama lain dia P1 yang sertai TM pada Oktober 2014.

webe ni menawarkan plan yang menarik di mana data anda tak pernah habis, panggilan dan SMS percuma pada semua telco, tiada kontrak dan penghantaran SIM kad percuma (boleh ambik dekat store webe)
Dengan webe ni, anda boleh menikmati liputan rangkaian di seluruh Malaysia dan data tidak pernah habis dan dikawal. Bukan itu sahaja, and boleh SMS dan buat panggilan dengan keluarga, rakan-rakan serta kekasih yang tercinta sampai bateri habis. (plan ni tidak termasuk unlimited battery power tau :P)
Nama pun unlimited data, jadi boleh tonton video dan music secara online tanpa memikirkan quota. Cuma fikirkan bateri ja habis hahaha (jika nak hotspot, kena cas RM6.36 untuk 2 jam dan International Roaming, deposit RM200)

Dahulunya webe membuat sistem invitation yang mana pengguna TM dan P1 dapat potongan harga serta mempunya peranti dalam senarai webe lagi diskaun!

Saya sudahpun apply, tapi bebai bila tiba di Sunway Pyramid, sesat tak jumpa store webe jadi balik terus. hahaha
Kini, webe membuat promosi di mana anda boleh dapatkan SIM kad webe hanyalah RM79 (campur GST, bayaran pendahuluan maka total RM106), promosi tamat pada 11 February ini. Tunggu apa lagi?
Telefon pintar yang disokong webe ni (semua phone boleh guna webe tanpa masalah, cuba peranti senarai bawah ni mendapat kelebihan LTE (Band 5) ni :D) ialah :
  • Alcatel - 5045T Pixi 4-5 (4G) dan 5080U Shine Lite
  • Apple - iPhone 5, iPhone 5C, iPhone 5S, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus
  • Flash - Plus 2 (FL02)
  • HTC - One E9+
  • Huawei - Honor 5X, Mate 8, Mate S, Nexus 6P, P9 Plus dan P9 Premium
  • Lenovo - Vibe K4 Note, A7010, Vibe K5, Vibe P1m, Vibe S1 Lite dan Vibe X3
  • Microsoft - Lumia 640
  • OnePlus - OnePlus 2, OnePlus X, OnePlus 3 (MySet) dan 3T
  • Oppo - A37, F1, F1s, Neo 7, R7 Plus dan R7s
  • Samsung - Galaxy A3, Galaxy A3 (2016), Galaxy A5 (2015), Galaxy A5 (2016), Galaxy A7, Galaxy A7 (2016), Galaxy A8, Galaxy A9, Galaxy A9 Pro, Galaxy J1 Ace, Galaxy J2, Galaxy J2 (2016), Galaxy J5, Galaxy J5 (2016), Galaxy J7, Galaxy J7 (2016), Galaxy J7 Prime, Galaxy Note 3, Galaxy Note 4, Galaxy Note 5, Galaxy S6, Galaxy S6 Edge, Galaxy S6 Edge Plus, Galaxy S7, dan Galaxy S7 Edge
  • Sony - Xperia C4 Dual, Xperia C5 Ultra, Xperia C5 Ultra Dual, Xperia E4g, Xperia M5, Xperia M5 Dual, Xperia XA, Xperia XA Ultra, Xperia Z5, Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Premium
  • Vivo - V3, V3Max, Y31L, dan Y51
  • Xiaomi - Redmi Note 3 dan 3 Pro
  • ZTE - A813, Axon 7 dan 7 Mini, Blade A910, Blade Q Lux, Blade S7 dan Blade V7 Lite.
Jadi, jika telefon pintar tersenarai dalam list atas ni, maka anda dapat menggunakan LTE Band 5 webe sepenuhnya, lenjan sampai bateri kong hahaha. LTE Band bagi webe ialah Band 5, tapi jika kawasan tersebut tiada LTE atau peranti anda lock atau tiada Band 5, 3G boleh lagi guna kerana mereka guna 3G Celcom :)

Selain daripada webemobile®, webe juga menawarkan webebroadband yang harganya RM59 sahaja! Dengan harga itu, ada dapat rangkaian LTE untuk kegunaan harian, dapat 10GB tambahan 20GB untuk masa yang terhad, serta yuran pengaktifan dikecualikan! serta tiada kontrak. 

Tablet yang disokong webe ni ialah :
  • Asus - ZenPad 8.0 Z380KL, ZT5100KL, Google Nexus 7 (2013) dan ZenPad Z8
  • Apple - iPad Mini 2, iPad Mini 3, iPad Mini 3, iPad Air 2, iPad Pro dan iPad Pro 9.7
  • Dlink - MiFi Router DWR930
  • HTC - Nexus 9
  • Huawei - MediaPad M3 8.4, MediaPad M2 8.0, MiFi Router E5377s-32 dan LTE FWT B593s-516
  • Lenovo - Yoga Tab 3 Plus
  • LG - G Pad 7.0 LTE
  • Nokia - Lumia 2520
  • Nvidia - Shield LTE
  • Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016), Galaxy Tab S2 9.7, Galaxy Tab S2 8.0, Galaxy Tab A 9.7, Galaxy View, Galaxy Tab Active LTE, Galaxy Tab 7.7 LTE I815 dan Galaxy Tab A 10.1(2016)
  • Sony Xperia Z4 Tablet LTE, Xperia Z3 Tablet Compact, Xperia Tablet Z LTE dan Xperia Z2 Tablet LTE
  • ZTE - MiFi MF90
Jadi jika tablet anda tersenarai dalam list atas ni, boleh la menikmati kelajuan LTE tanpa disekat sampai bateri habis lah :P


#webesyiok, promosi sampai 11 Feb 2017. Hang tunggu pa lagi?

Jangan lepaskan peluang ni, sementara promosi masih ada. Melainkan anda banyak duit, taktau nak buat apa boleh la apply selepas tarikh promosi atau bagi kat saya pun takpa hahahah.
Ada tiga kaedah jika ada mengalami masalah dan pertanyaan mengenai webe ini, iaitu :
  1. Online Support Form - Response time 24 hours
  2. Live Chat - Response time 5mins
  3. Walk In - Working hours 10am - 10pm (kecuali Queensbay Mall)
Cerita punyalah panjang, cara beli tak habaq dengan tempat dia. hahaha maaf-maaf
Ada dua kaedah pembelian iaitu online atau pergi ke store mereka.
Belian online boleh klik sini dan boleh pilih sama ada nak mereka pos simkad atau tak sabar terus pegi ambik dekat store :3 (register siap2 la senang nak buat urusan :))
Kalau pi store dia, ada 2 kaedah bayaran iaitu credit/debit atau cash dan ambil nombor dulu takda kertas nombor maka kena ingat lah ataupun scan barcode atau tunggu kat situ satgi depa panggil, mau relax laa. 

Saya pergi store dekat Sunway Pyramid (haritu pi dah, sesat+tak jumpa store teruih balik hahaha)
Layanan staff mereka bagus dan mesra serta ada amoi cantik adudududu
Hah lokasi kan, saya senaraikan kat bawah ni :
  • Pulau Pinang - Queensbay Mall, Persiaran Bayan Indah, Queens Bay, 14300 Bayan Lepas, Pulau Pinang (untuk orang utara). Hari-hari buka termasuk cuti umum : 10.30am - 10.30pm
  • Selangor - Sunway Pyramid, LG 1.33A (Concourse), Bandar Sunway, No 3 Jalan PJS 11/15, 46150 Petaling Jaya, Selangor (untuk orang tengah). Hari-hari buka termasuk cuti umum : 10am - 10pm
  • Johor - JBCC, Lot 136, Komtar Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor (untuk orang selatan). Hari-hari buka termasuk cuti umum : 10am - 10pm
Tempat dah tau, cara beli dah tau, pembayaran dah tau.
Tunggu apa lagi, sambar la satu dan cari lagi 4 orang untuk bayar murah bulan2 hahaha.
Ini bukan MLM, tapi anda dan subline anda untung tak rugi :D

Terima kasih sudi baca artikel panjang mengenai webe dan saya tak mendapat apa2 komersyen mengenai review ini. Ini khas untuk pembaca-pembaca OMG? Hackers! 
Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan boleh komen di bawah dan layari laman sesawang webe untuk maklumat lanjut :)

Powered by Blogger.