Pasang Wallpaper Beranimasi Zombie Di Desktop Anda


Disebabkan ramai pula yang request nak pasang animated wallpaper seperti video di bawah ini, maka abam pun dengan senang hari tuliskan caranya. Mudah sahaja, hanya beberapa klik sudah boleh dapat lihat zombie cuba menerobos ke dalam ruang kerja anda.


Apa yang anda perlukan ialah:

1. Wallpaper Engine atau muat turun di SINI.

2. Zombie HD Video atau muat turun di SINI.

Caranya:

1. Muat turun kedua-dua fail di atas. Kemudian, ekstrak fail Wallpaper Engine ke dalam satu folder.

2. Letakkan pula fail video tersebut ke dalam folder lain atau folder yang sama, asalkan tidak terdapat kebarangkalian anda terpadam video itu.

3. Seterusnya, mengikut sistem operasi masing-masing, jalankan fail pelancar.

wallpaper32 untuk 32-bit, dan wallpaper64 untuk 64-bit.

4. Klik Open from File - pilih fail video zombie itu tadi, dan klik OK. Ubah tetapan mengikut kesesuaian prestasi desktop masing-masing.


5. Siap! Desktop anda sudah bersedia untuk menakutkan orang. Heheheh.

NOTA KAKI: Kalau ada fail .dll yang 'hilang' atau error berkaitan fail tersebut, anda cari sahaja pada encik Google. Mungkin ada sesuatu yang perlu dipasang. *Lupa nak sebut perkara ni.

Jangan lupa tekan butang share di bawah ini ya. Ia amat membantu blog ini. Terima kasih daun keladi, dah download jangan lupa diri. Heheheh.
Powered by Blogger.