10 Laman Tempat Muat Turun Dan Strim Filem


Sebenarnya malas abam nak tulis artikel macam ni. Sebabnya? Sebabnya meskipun abam sendiri pirater tegar untuk filem-filem, tetapi terlebih dahulu abam akan pergi ke panggung wayang menontonnya.

Namun buat mereka yang jarang sekali ada peluang untuk ke panggung, maka tiada jalan lain, muat turun adalah jalannya.

Berikut disenaraikan beberapa laman yang legal dan pirate untuk anda muat turun atau strim filem-filem dan rancangan-rancangan kegemaran anda.

1. LayanOn9


Abam selalu bukak laman ni untuk layan Maharaja Lawak Mega dengan Mentor Milenia je. Thanks to them I don't have to subscribe to Asteruk-Bebenor anymore.

2. iflix


Kalau anda suka filem-filem Melayu yang agak lama jugak, contohnya Cicakman trilogy tu, haa, di sinilah tempatnya, gudangnya untuk anda menikmati semua filem-filem tersebut secara sah di sisi undang-undang. iflix boleh dilanggan dahulu secara percuma selama sebulan (akaun dalam tempoh percubaan) dan selepas itu bayaran bulanan cuma RM10.

3. Netflix


Ini juga satu lagi gedung atau gudang untuk anda menikmati pelbagai saluran yang menarik, serta filem-filem dan stand up comedy secara BERBAYAR. Heheheh. Serendah RM30+ sebulan, anda boleh strim kandungan di dalamnya tanpa had. Semua ada - cuma tinggal nak bayar sahaja.

4. YouTube

\
Ehh, tak, abam tak melawak. YouTube pun dah jadi 'gudang' pirates okeh. Cuma sedar atau tidak sahaja, dan sudah pastinya kena 'pandai cari baru jumpa'. Biasanya abam hanya cari filem Tamil sahaja - itupun yang ada sarikata dalam bahasa Inggeris. Untuk filem dari US, kita kena cari di tempat lain la.

5. KumpulBagi


Di sini adalah laman yang biasanya akan abam buka bila semua tempat dah buat abam putus asa. Biasanya filem-filem Tamil yang menarik agak sukar didapati melalui laman-laman torrent, tetapi di KumpulBagi peluang untuk menjumpainya boleh dikatakan agak positif.

6. Ganool


Kalau anda jenis kaki muat turun tegar, rasanya laman ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dah beberapa kali juga domain-nya ditukar, tetapi lamannya masih kekal segar, tidak ditutup dan terus menerus dikemaskini. Yeahhh.

7. Cyro.se



Biasanya laman Cyro.se ini akan abam buka kalau nak cari episod-episod terbaru The Flash, Arrow, Supergirl, dan Legends of Tomorrow. Cari saja di sini, ia akan dikemaskini dengan sangat cepat sebaik sahaja satu-satu episod itu disiarkan.

8. ShAaNiG



Shaanig ni boleh dikatakan antara laman rujukan terbaik untuk mana-mana filem yang ingin anda muat turun melalui klien torrent - atau seedbox, atau laman-laman seperti ZbigZ.

9. MkvCinemas.Com


MkvCinemas.Com adalah laman paling sesuai untuk anda yang mencari filem-filem bersaiz kecil, dan berpautan terus (direct download link).

10. moviedetector


Laman terakhir ini juga adalah sebuah alternatif terbaik untuk para peminat The Flash, Arrow, dan lain-lain drama oleh DC. Selain itu, banyak juga filem-filem baru yang dikemaskini di sini. Semuanya dengan pautan terus, tak perlu klien torrent untuk muat turun.

Baiklah. Itulah dia senarai 10 laman untuk anda muat turun dan cari filem-filem, rancangan-rancangan, atau drama-drama kegemaran anda. Harap anda berpuas hati dan sudi kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda ya. Terima kasih!
Powered by Blogger.