Brave Browser: Pelayar Web Yang Berani Bukan Sekadar Nama!

Logo singa yang melambangkan keberanian.

Kepada anda yang mahu mencari pelayar alternatif. Anda boleh mencuba Brave Browser. Brave Browser merupakan pelayar percuma dan diperkenalkan oleh Brendan Eich.  Brave Browser menyatakan bahawa ianya mampu menghalang website tracker dan iklan-iklan yang mengganggu dan ditukarkan kepada iklan yang dijual oleh syarikat Brendan Eich.


Brave Browser menawarkan antara muka pengguna seakan-akan pelayar Chrome. Minimalis, ringan dan mesra mesra pengguna. Penggunaan RAM pula sangat minima berbanding pelayar Chrome.

Jangan terkejut pula.
Penggunaan RAM yang agak baik.



Selain itu Brave Browser mempunyai "perisai" yang menghalang iklan dan menggelakkan anda dari termasuk ke dalam laman web phishing.




Malangnya Brave Browser tidak menyokong plugin sebagaimana yang ditawarkan oleh pelayar mainstream  seperti Chrome dan Mozilla Firefox. Jika anda ingin memasangnya, anda perlu mengikuti tutorial yang terdapat dalam blog Brave. Memang agak leceh untuk bahagian ini.


Sudah cuba untuk menambah Brave Browser tetapi gagal.
Masih memuat turun menggunakan pemuat turun sedia ada.

Berminat dengan Brave Browser? Anda boleh muat turun di sini: Brave Browser
Powered by Blogger.