Cara Membuat Dan Menggunakan Akaun PayPal Tanpa Kad Kredit


*Kepada blog babab.net dan techsemut, sudah-sudahlah copy paste artikel orang. Kalau anda berikan kredit dalam bentuk pautan kembali kepada blog ini, tiada masalah. Tetapi 'kredit' pun hanya dalam bentuk teks. Siapa yang boleh klik kalau macam tu?

Nak buat blog, tulislah sendiri. Senang betul kerja korang main salin artikel orang.

Apa Itu PayPal?

PayPal ialah proses pembayaran yang diterima secara meluas dan digunakan hampir di semua check-out bagi pembelian di internet. Mudah, kerana pengguna tidak perlu memasukkan maklumat kad kredit/debit setiap kali ingin membeli sesuatu.

Kegunaan

PayPal ni, selain boleh digunakan untuk membayar, juga boleh digunakan untuk menerima bayaran. Baru-baru ini akaun PayPal saya telah digunakan untuk terima satu bayaran dan kebetulan dari situ saya dapat tahu serba-sedikit ciri akaun yang akan diterima bagi proses mendapat wang dari sesebuah pihak.

Antaranya bayaran tersebut perlu berjumlah melebihi 100USD, akaun perlu berada dalam keadaan baik lebih dari 60 hari dan ada satu lagi yang saya lupa. Heheh.

Apapun sebenarnya nak buat dan guna akaun PayPal ni amatlah mudah. Tidak seperti dulu, akaun PayPal dah boleh digunakan bersama kad debit sahaja, tak perlu kepada kad kredit, dan setiap pembelian anda tidak perlu lagi 'topup' wang ke dalam akaun PayPal.

Biarkan sahaja jumlahnya 0.00 pun anda masih boleh membeli-belah asalkan dalam akaun bank anda masih ada duit lah! Janganlah dalam bank pun tinggal RM0 anda nak beli barang juga.

Daftar Akaun

1. Baiklah, untuk mendaftar akaun PayPal, sila ke pautan URL ini : PayPal Malaysia

Klik pada 'Sign up now'.


2. Klik 'Get Started' pada bahagian 'Buy with PayPal'.


3. Masukkan maklumat e-mel dan kata laluan pilihan.



4. Masukkan pula maklumat diri anda. Letakkan maklumat diri yang betul.


5. Masukkan pula maklumat kad debit anda. Dalam tutorial ini saya cuba masukkan maklumat kad debit Maybank saya (sebab ada permintaan dari pembaca yang mahu saya cuba kad debit Maybank).

6. Ehhh, dah siap? Senang benor.



7. Sila periksa e-mel anda, dan sahkan akaun PayPal anda melalui pautan yang diberi.


8. Seterusnya, kita cuba tambahkan atau pautkan akaun bank ke akaun PayPal yang baru siap dibuat itu. Anda klik pada 'Link a bank account'.


9. Sila masukkan info akaun bank anda. Untuk 'MEPS bank routing code' bagi Maybank ialah MBBEMYKL.

Berikut adalah senarai bank yang disokong oleh PayPal berserta MEPS bank routing code:


10. Masukkan maklumat bank yang betul - jangan letakkan akaun palsu.


11. Apabila anda sudah pasti - klik Save.


12. SIAP. Anda sudah boleh gunakan akaun ini untuk beli apa-apa yang anda minat di internet!


Demikianlah tutorial untuk hari ini. Saya berharap anda dapat manfaatkan akaun PayPal anda itu untuk apa-apa tujuan yang baik. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda! Terima kasih.


Powered by Blogger.