Cara Mengurangkan Buffering Pada Kodi, Dan Tonton Video 4K


Dulu ada setting yang senang untuk kita gunakan, iaitu hanya perlu pasang addon Echo Wizard dan beberapa klik - ianya sedikit-sebanyak akan dapat mengurangkan buffering pada Kodi. Namun Echo Wizard baru sahaja berpindah ke Fusion Repo, dan nampaknya wizard yang diingini masih belum ikut berpindah lagi.

Apapun, jom kita terus kepada tajuk artikel iaitu bagaimana cara mengurangkan buffering yang sering terjadi ketika menggunakan Kodi, dan adakah ia mampu mengatasi masalah tersebut, lalu membolehkan pengguna menonton video dengan resolusi 4k?


Sebenarnya terdapat dua cara kita boleh cuba untuk kurangkan buffer pada Kodi, iaitu menggunakan Ares Wizard, dan menggunakan Easy Advanced Settings.

1. Untuk memasang Ares Wizard, anda perlu gunakan repo ini: http://repo.ares-project.com/magic.

Anda boleh rujuk tutorial INI untuk cara memasang repo beserta addonnya. Info yang anda perlu tahu ialah:

Zip file: repository.aresproject.zip
Selepas itu, pilih Install from repository - Ares Project - Program add-ons - Ares Wizard - Install.

Kalau keluar popup seperti di bawah, klik Allow access.


2. Tunggu sehingga notifikasi seperti ini muncul selepas anda klik Install. Disebabkan abam dah pernah pasang, maka ia tertulis 'Add-on updated'. Jika anda baru pasang, ia akan tertulis 'Add-on installed'.


3. Seterusnya, buka Ares Wizard tersebut. Klik pada 'Tweaks'. Ares Wizard akan mengira tetapan yang paling sesuai dengan sistem anda secara automatik. Klik 'Generate settings'.


4. Klik 'Apply these settings'. Tetapan yang dijana secara automatik ini akan membantu Kodi untuk strim video dengan jumlah buffer yang kurang.


Itu adalah caranya jika anda ingin menggunakan Ares Wizard. Mudah, dan tak perlu fikir banyak. Namun, buat mereka yang suka melakukan semuanya sendiri, maka ada satu lagi cara lain iaitu dengan menggunakan Easy Advanced Settings.

1. Untuk ini, anda perlu pasang terlebih dahulu addon Indigo.

Indigo adalah plugin yang mempunyai beberapa 'bonus' di dalamnya. Anda boleh pasang Indigo melalui repo Fusion/TVAddons iaitu: http://fusion.tvaddons.ag.

Indigo berada di Fusion (atau apa-apa nama yang anda pilih) > begin-here > plugin.program.indigo-x.x.x.zip

Setelah anda klik untuk pasang, tunggu sehingga notifikasi seperti ini keluar.


2. Kemudian, bukan Indigo > Search add-ons > taipkan Easy Advanced Settings.


3. Klik sahaja 'Install' untuk apa-apa popup yang keluar - melainkan ia suruh anda pasang bom.


4. Seterusnya, klik Edit Settings.


5. Klik pula pada Network settings.


6. Klik Network.


7. Klik pada value atau nilai tetapan untuk mengubahnya.


8. Anda boleh ikut tetapan berikut, iaitu:

curlclienttimeout - 10
curllowspeedtime - 10
httpproxyusername - biar
httpproxypassword - biar
cachemembuffersize - rujuk nombor 9 untuk cara pengiraan.
buffermode - 2
readbufferfactor - 5



9. Anda perlu pergi ke Settings - System information - dan lihat pada Free memory.

Sebagai contoh, free memory peranti yang abam gunakan ialah 2465.

2465 perlu dibahagikan dengan 3, darab dengan 1024, dan darab sekali lagi dengan 1024.


10. Jadi jumlahnya menjadi 861579946.67. Ambil hanya nombor yang ditebalkan sahaja. Nombor dibelakang titik perpuluhan adalah tidak perlu. Masukkan nilai ini pada cachemembuffersize seperti di atas.


11. Ok, siap sudah kesemua tetapan. Masa untuk menguji keberkesanan. Abam tak jumpa lagi addon yang betul-betul boleh paparkan video 4K, oleh itu tangkap layar di bawah adalah video beresolusi 1080p - tanpa buffering.

Memang addon Quasar ada video 4K, tetapi ianya adalah addon stream menggunakan torrent. Jadi isu buffering tak timbul kerana ia telah muat turun terlebih dahulu video tersebut.

Tak tau la kot hangpa ada jumpa addon Quasar yang strim video secara terus.


12. Tu diaaa, kelajuan 2Mbps ja camtu lebih kurang, tapi tiada buffering ok. Heheheh. Selamat mencuba!


Powered by Blogger.