J Revolusi: In Bukan Review, Ini Adalah 'CinemaSins'


Jika anda biasa menonton video di channel CinemaSins, maka anda akan faham yang hari ini saya tidak mahu menulis review secara formal. Cuma dalam CinemaSins, terkadang mereka troll juga filem yang mereka amat sukai, namun dalam artikel ini, ia adalah sebaliknya.

Apa yang saya tulis bukan troll tetapi benar - dan filem ini saya tidak suka sebagaimana Polis Evo.

Kita terus sahaja kepada point yang ingin saya sampaikan.

J Revolusi adalah filem aksi yang gagal. Segagal-gagalnya. Kerana apa?

Kerana ia bukan filem aksi, tetapi filem perasan aksi.

1. Terlalu banyak pergerakan kamera yang tidak perlu. Saya ulang, terlalu banyak. Apabila skuad UTK bergerak masuk ke dalam bangunan, tidak jelas siapa yang sedang berada di satu-satu tempat, segalanya jadi keliru - kerana pergerakan kamera yang melampau-lampau.

Akibatnya scene jadi tiada feel.

2. Bandingkan dengan filem The Raid dan The Raid 2, aksi tempur tangan kosong dan bersenjata tidak ada langsung moment yang boleh diingati. Semuanya bak kata rakan saya, adalah forgettable.

Sekali lagi pergerakan kamera memainkan peranannya. Koreografi tempur yang katanya adalah dari seni beladiri Kali, namun tidak jelas melainkan ketika kuncian tangan (arm bar).

Pengarah filem tempur seperti Jackie Chan bahkan Gareth Evans menggunakan steady cam, ketika babak-babak hand-to-hand combat.

Kerana apa? Kerana pelakon mereka adalah ahli seni beladiri yang legit, ASLI. Mereka memang boleh berlawan dan melakukan aksi-aksi tempur dengan baik.

Sementara fancy camera movements pula dibuat apabila pengarah ingin menggambarkan kononnya babak pertempuran itu laju atau legit sedangkan ia tidak begitu.

Kerana apa pula? Kerana mereka ini bukan martial artist sejati. Titik noktah.

3. Terlampau banyak elemen drama. Aksi kurang. Kita datang nak tengok filem aksi, bukan filem cinggey atau leman. Leleh lebih la filem ni. Haih.

4. Babak tembak menembak? Maaf cakap, tiada babak tembak menembak yang betul-betul boleh menimbulkan rasa cemas sebagaimana The Raid ketika penjahat menembak mati polis-polis di bahagian depan pintu.

Patutkah penjahat digambarkan terlalu bodoh hingga menadah dada yang tidak kebal kepada peluru polis (babak akhir filem ini)?

Polis juga ada babak yang mereka menadah dada iaitu waktu cubaan membebaskan Jay. Apa hal?

*Sebut pasal tembak menembak, apabila tembakan dilepaskan pada kereta, kereta tidak berlubang, calar pun tiada. Lawak jenis apakah ini?

Juga, babak kejar mengejar antara kereta dengan kereta, motor dengan kereta, semuanya adalah babak untuk filem jenaka. Sayang kereta dan motor agaknya pengarah filem ni. Tiada yang terbakar mahupun meletup. Calar? Jauh sekali.

5. Filem ini yang nyatanya, pengarah filem masih cuba melayan penonton di Malaysia seperti orang bodoh. Masih lagi membuat filem-filem 'perasan' aksi walhal pada hakikatnya ia adalah filem tangkap leleh.

Paling tak logik baru sebulan kakak Jay (Fazura) meninggal, Jay punya reaksi terhadap lawak Skodeng (Azad Jasmin) seakan menunjukkan sedih itu tidak berbaki. Kurang-kurangnya, senyuman tu 'cover' lah sikit. Tunjuk sikit masih ada ruang perasaan sebak kakak yang disayangi dah meninggal dunia. Seriously? Feeling mana feeling?

Filem ini amat teruk hinggakan Polis Evo pun saya boleh berikan pujian ikhlas - iaitu ia lebih baik dari J Revolusi.

Kiraan Dosa Panggung (Cinema Sins Count): 5
Catatan (Statement): Polis Evo Wannabe. The Raid Jauh Panggang Dari Api.
Powered by Blogger.