Maaf sila aktifkan javascript.

OnePlus 3/3T Menerima Kemaskini OxygenOS Beta 12, 7.1.1 Nougat!

Kredit gambar droid-life 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berjumpa lagi kita kali ini dalam artikel mengenai produk OnePlus
OnePlus telah mengeluarkan kemaskini bagi kedua-dua peranti jahat mereka, iaitu OnePlus 3 dan 3T dan kemaskini tersebut ialah OxygenOS Beta 12 yang mengandungi 7.1.1 Nougat!
Ada apa dalam Beta 12 ni? Berbaloikah berhijrah dari Custom ROM kepada Stock ROM?

Untuk maklumat anda semua, ini changelog bagi OxygenOS Beta 12 :

  • Upgraded to Android 7.1.1
  • New Shot on OnePlus wallpaper option
  • Gallery Improvements
  • New photo editor with watermark and photo straightening options
  • Newly added media will be highlighted in Photos section
  • Image location will be displayed on grid view
  • Media can be grouped by month and year
  • Folders and individual media can be hidden
  • General bug fixes
Bawah ni pulak screenshot About Phone :

Kemaskini Beta 12 ini juga mempunya patch keselamatan terkini, iaitu 1 March dan anda mungkin mengalami kejutan sedikit kerana build ini smooth serta ciri-ciri Gallery baru :)

Bawah ni pulak sedikit video rakaman skrin pada OnePlus 3 yang telah memakai OxygenOS Beta 12



Untuk muat-turun kemaskini ini, sila klik laman sesawang di bawah :
Cara pemasangan dia pula
  1. Jika anda sudah unlock bootloader, boleh teruskan dan jika belum, kena unlock bootloader dulu tau, kemudian pasang TWRP. Boleh nak pakai stock recovery, leceh adb sideload hahaha
  2. Letak ROM, SuperSU, dan TWRP dalam internal storage anda.
  3. Masuk Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan USB-OTG.
  4. Masuk Install>Flash ROM, kemudian Back, Flash SuperSU dan tekan Flash Image untuk flash recovery (ambil recovery tau, kalau pilih lain tak hidup la hahaha)
  5. Siap semua Reboot to System (jika naik no OS Installed tu abaikan, tiada masalah)
Diingatkan lakukan clean install (boleh saja dirty flash tapi saya lebih suka clean jika versi Android berbeza). TWRP akan hilang setelah anda flash ROM, bagi tiada PC sila flash sekali lagi TWRP sebelum serta selepas flash SuperSU.
Sila tunggu 2 kali full-cycle charging untuk menguji ketahanan bateri ye :)

Ini pros dan cons mengenai kemaskini OxygenOS Beta 12, 7.1.1 Nougat (pendapat saya la)

Pros
  • Versi kali ini smooth dari kemaskini sebelumnya
  • Gallery mempunya ciri-ciri baru dan penambahbaikan yang baik.
  • Patch keselamatan yang terkini, 1 March
  • Ada ralat sebelum ini dah baiki
  • DPI normal dah kecil, nampak cantik
  • Google VR ada, tak pasti boleh guna atau tidak Daydream tu.
Cons
  • AM/PM takda, lupa letak ka hahaha
  • DPI macam pelik, beza dengan Beta 11
  • Walaupun 7.1.1, tiada app shortcut dan Google Assistant seperti Google Pixel.
Oh ya, bagi peminat setia Custom Kernel, kernel ElementalX serta AKT Profile tidak dapat berfungsi dengan baik pada kemaskini ini, mungkin perlukan kemaskini kod. Jika anda pasang, anda akan mengalami masalah kamera berhenti berfungsi hohoho. Tunggu developer kemaskini lah :)

Itu sahaja ulasan saya mengenai artikel ini dan saya pun baru pasang 8.30PM pada 1 March lalu hahaha. Sebelum ini saya pasang HydrogenOS Beta 9 yang mana awal lagi keluar dari OxygenOS Beta 12 dan ciri-ciri serta suasana ROM tersebut sama (ye la dua-dua dah bergabung, meletup kepompompommmm).
HydrogenOS Beta 9 sama macam OxygenOS Beta 12, smooth dan sedap tapi ada masalah Contact Sync, anda kena import contact .vcf card kalau nak guna hihihi serta Google Play Store boleh download pada aplikasi Market, cuma Google Play Services tidak boleh nak tetapkan sebarang tetapan permissions. -_-

Selamat memasang kemaskini ini pada peranti OnePlus 3/3T anda :)
Jika ada sebarang pertanyaan atau nak kongsi ilmu serta pengalaman, sila komen kat bawah tu ye :)
Terima kasih kerana sudi membaca, ja ne ^_^
Powered by Blogger.