Maaf sila aktifkan javascript.

[Tutorial] Cara Pasang Exodus Pada Kodi 17 Dan 17.1 RC


Kalau nak diikutkan, Kodi 17 kod nama 'Krypton' dah ok. Cuma versi RC 17.1 ni agak tak stabil sikit. Addon Exodus sedikit buggy padanya. Namun, untuk jimatkan masa, abam tuliskan cara untuk kita setup/install addon Exodus pada Kodi 17.1 yang mana letak duduk tetapannya (settings) adalah sama dengan versi 17.

Cuma versi 17/17.1 ini memang sedikit mencabar buat yang baru mengenali Kodi. Silap-silap boleh menangis sebab kusut kepala. Kih kih kih. Apapun mari kita teruskan kepada tutorial hari ini.

Dalam tutorial ini, abam cuma menggunakan Exodus hanya sebagai contoh sahaja. Cara yang sama boleh digunakan untuk pasang addon lain yang anda minat, contohnya Phoenix.

Cara Setup/Install Exodus Pada Kodi 17/17.1 RC

Klik pada setiap gambar untuk paparan yang lebih jelas.


1. Pertama sekali, kita kena enable dulu tetapan untuk membolehkan kita pasang sesuatu dari sumber luar, sama macam Android la kalau nak senang faham. Kita perlu enable 'Unknown sources' via Settings - System Settings - Add-ons - Unknown sources. Kemudian klik Yes.


2. Setelah itu, klik pada Settings.


3. Klik pada File manager.


4. Dari sini, klik pula pada 'Add source'.


5. Seterusnya masukkan URL http://fusion.tvaddons.ag, dan pada namanya letakkan Fusion, atau apa-apa nama yang anda suka.


6. Kemudian, keluar dari tetapan itu, dan pergi kepada Add-ons.


7. Klik pada ikon paling kiri di atas. Ia mewakili atau bermaksud 'Add-on browser'.


8. Klik 'Install from zip file'.


9. Klik pada nama 'Fusion' yang telah anda letakkan sebentar tadi (atau apa-apa nama lah yang anda suka tu).


10. Klik 'kodi-repos'.


11. Klik 'english'.


12. Cari fail repository.exodus-*.*.*.zip. Contoh adalah seperti gambar di bawah.


13. Tunggu sehingga terpapar notifikasi 'Add-on installed' seperti gambar di bawah ini.


14. Setelah siap, pergi kepada 'Install from repository'.


15. Pilih 'Exodus repository'.


16. Klik 'Install.


17. Tunggu sehingga notifikasi  'Add-on installed' terpapar seperti gambar ini.


18. SIAP! Add-on Exodus sudah pun dipasang!


Sedikit pro tips, sila pasangkan URL Resolver melalui pautan ini : script.module.urlresolver

Pilih versi paling baru. Kemudian anda pasangkan melalui Add-ons - Install from zip file - dan cari fail yang telah anda muat turun itu melalui sistem operasi anda. Pasangkan ia, tunggu sehingga notifikasi pemasangan selesai.

Perkara ini penting supaya Kodi dapat menjalankan add-on yang telah dipasang tersebut. Selamat mencuba!
Powered by Blogger.