10 Tips/Cara Mengurangkan Penggunaan Data Pada Telefon Android Anda


Sebenarnya saya dah malas nak tulis tentang 'cara menjimatkan' ni. Contohnya cara menjimatkan penggunaan kuasa bateri, cara menjimatkan penggunaan data, dan sebagainya.

Sebabnya, kita dah pun masuk tahun 2017, di mana rata-rata telefon pintar yang baru dikeluarkan mempunyai ciri fast/rapid/turbo charging. Jadi kalaupun baterinya mampu bertahan setengah hari, dengan ciri fast charging itu, dalam masa hanya 15 minit atau setengah jam sahaja pengguna sudah boleh mendapat kuasa yang mencukupi untuk bertahan hingga ke tengah malam.

Begitu juga dengan 'cara menjimatkan penggunaan data' pada Android. Sekarang kita sudah mempunyai pilihan yang baik untuk penggunaan data tanpa had, iaitu sama ada webe atau Digi INFINITE.

Namun bila difikirkan semula, tak semua orang mampu melanggan pelan seperti itu. Jadi, atas dasar keprihatinan itulah, artikel ini ditulis.

Jadi, bagaimanakah caranya?

Data Saver

Data Saver atau 'penjimat data' ini terbahagi kepada dua. Satunya ialah aplikasi 'berdiri sendiri' (standalone). Satu lagi ialah apa yang diterapkan (embedded) di dalam pelayar web.

Contoh:

1. Aplikasi penjimat data DataEye.



Ini adalah salah satu contoh. Aplikasi DataEye ini memang sangat-sangat-sangat 'ketat' dalam 'melepaskan' data anda. Ia tidak akan membenarkan apa-apa bentuk data digunakan oleh mana-mana aplikasi - selagi tidak dibenarkan sendiri oleh anda.

Memang ohsem beb aplikasi ni.

Antara contoh lain, ialah aplikasi Opera Free VPN, Opera Max, Protect Free VPN+Data Manager (Onavo), dan lain-lain lagi.

2. Penjimat data terbina dalaman/diterapkan ke dalam pelayar web - iaitu Google Chrome, Opera, Opera Mini, Puffin, dan beberapa lagi.

Paling menarik, kesemua ciri penjimat data telah dibina secara dalaman, tidak perlu sebagai addon atau extension. Hanya perlu aktifkan sahaja melalui tetapan.

Contoh pada Google Chrome:


Contoh pada pelayar web Opera Mini:

 

Cuma bezanya antara Chrome dan Opera, sekiranya anda aktifkan Data Saver pada Chrome, semua iklan akan dapat 'melalui' proxy Chrome tersebut, manakala perkara sebaliknya pula berlaku untuk Opera dan Opera Mini.

3. Aplikasi sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, dan lain-lain, sememangnya banyak menggunakan data.

Ada satu solusi termantap bagi menyelesaikan masalah ini selain dari melanggan pelan data tanpa kuota, iaitu melanggan plan yang menyokong data ekstra/tanpa kuota untuk aplikasi-aplikasi sosial ini, contoh plan-plan U Mobile.

Namun, sekiranya kawasan tempat tinggal anda tidak 'mengizinkan' ia berlaku (disebabkan isu liputan), maka apa yang yang boleh anda lakukan, ialah mencari aplikasi alternatif bagi setiap satu aplikasi tersebut, yang lebih menjimatkan data, contohnya Facebook Lite.

Bagi WhatsApp pula, jangan lupa untuk menyahtanda kotak-kotak berikut supaya ia tidak muat turun semua media secara auto.

 


4. Kemas Kini Auto - Kemas kini aplikasi secara auto sememangnya bagus, namun jika pelan data anda tidak mengizinkannya daripada berlaku akibat kuota kecil harga mahal, maka silalah nyahtanda pilihan tersebut dalam aplikasi Google Play Store.


5. Hapus Iklan - Bagi yang sudah root peranti, maka jalan paling mudah ialah gunakan AdAway. Buat yang belum pula, aplikasi seperti Opera VPN dan AdClear dapat membantu. Tetapi jangan lupa masukkan URL omghackers.com dalam whitelist!

6. Android Nougat Data Saver - Buat anda yang sudah menggunakan Android Nougat, maka anda bolehlah manfaatkan Data Saver terbina dalaman yang ada padanya.


7. Hadkan Data Latar Belakang

Ciri ini ada pada Android Marshmallow - Nougat. Siapa yang belum tahu, maka ini saatnya untuk anda mengambil peduli tentang ciri penting ini.


8. Dengar lagu secara luar talian (offline)

Mungkin cadangan ini agak ketinggalan zaman buat sesetengah geeks, namun ianya masih relevan jika data anda amatlah sedikit, dan anda cukup berjimat bila menggunakannya.

Muat turun dahulu semua lagu yang anda minati, dan tempatkan ia di dalam kad SD. Tak perlu strim, tak perlu muat turun buat kedua kalinya. Kan jimat begitu.

9. Gunakan WiFi/Hotspot bila-bila masa yang anda dapat. Cuma perlu ingat, jika anda menggunakan WiFi awam, jangan lupa gunakan VPN. Mata-mata jahat yang memerhati ada saja di mana-mana.

10. Tutup henfon. Habis cerita. Itu tak boleh, ini tak boleh. Keh keh keh. Ok bai.
Powered by Blogger.