Maaf sila aktifkan javascript.

Apa Itu Segmentasi Psikografik?

Gambar pinjam dari FIT

Diterjemahkan dari Wiki-nya, Psikografik (Psychographic) ialah kajian atau pembelajaran personaliti, nilai, pendapat, perangai/kelakuan, minat, dan gaya hidup.

Berbeza sekali dengan Demografik, yang hanya mengkaji 'luaran' subjek, psikografik ini lebih menyeluruh dengan sentuhan yang lebih mendalam.

Kenapa Psikografik Penting?

Beberapa bulan yang lepas abam ada menghadiri kursus. Kursus apa, itu tak penting. Cuma yang penting, sifu abam ada bagi tahu, tahun ini adalah tahun Psikografik.

Demografik - menjelaskan siapakah pengguna produk anda. Manakala Psikografik pula menjelaskan mengapakah mereka membeli produk anda itu.

Seperti yang abam katakan di atas, fakta segmentasi Demografik lebih menyentuh kepada aspek luaran pengguna seperti umur, jantina, status perkahwinan, jumlah pendapatan, dan lain-lain.

Untuk mendapatkan sasaran kita, seseorang itu haruslah memahami penggunanya, bukan hanya dari luaran bahkan 'dalaman' mereka, apa yang mereka mahukan sebenarnya.

Diterjemahkan contoh ini dari blog HubSpot:

Informasi Demografik:-

*Perempuan
*Umur antara 45-65
*Berkahwin, mempunyai anak
*Sedang berdepan dengan isu kenaikan berat badan, diabetis, kekurangan tenaga dan hormon tidak seimbang
*Pendapatan bulanan $100k+.

Informasi Psikografik:-

*Mengambil berat tentang kesihatan dan penampilan
*Mahukan gaya hidup sihat, tetapi tidak mempunyai masa yang cukup
*Rasa terhibur berada di atas talian pada waktu petang, amat meminati Pinterest.
*Cenderung kepada kualiti ekonomi
*Memperoleh kepuasan dalam kerjaya dan keluarga
*Menghargai masa bersama rakan-rakan.

Begitulah serba sedikit pengenalan mengenai Psikografik ini. InsyaAllah dalam masa yang akan datang, abam akan cuba terangkan lagi mengenainya dengan sedikit lebih terperinci.

Hastalavista bebeh, hasta pronto evelibodi.
Powered by Blogger.