Maaf sila aktifkan javascript.

Cara Melanggan Spotify Dengan Harga Paling Jimat, Tak Perlu Cari Crack Lagi


Hari ini abam nak share sikit cara langgan Spotify dengan harga yang murah 😊. Jimat banyak!

Anda hanya perlu membayar sebanyak RM22.40 sahaja untuk 6 orang. Jadi kalau RM22.40 dibahagi dengan 6 orang, anggaran setiap seorang kena bayar lebih kurang RM3.733 sebulan. Bundarkan jadi RM4 sahaja. Murah bukan?

Apa yang diperlukan?

1. 6 orang ahli keluarga, atau sahabat handai yang sanggup keluarkan duit RM3.73 atau RM4 sebulan untuk langgan Spotify. Senang cerita yang betul-betul berminat dengan muzik dan penstriman tanpa had.

2. Akaun Spotify tentunya.

3. Mereka yang dah bosan guna cracked version of Spotify. Mencari yang halal itu adalah fardhu.

Jadi, jom ikut langkah-langkah di bawah.

1. Pergi dahulu kepada pautan ini: Spotify Premium for Family. Jangan lupa log masuk terlebih dahulu ya.

2. Spotify akan minta maklumat pembayaran, sama ada pembayaran melalui debit atau credit card, mahupun pembayaran melalui bil telefon.

3. Apabila selesai melakukan pembayaran, pergi ke akaun Spotify anda, dan klik pada tab 'Premium For Family'.


4. Pada ruangan ini, klik sahaja pada 'Invite your family'. Anda boleh invite atau jemput secara mengisi e-mel ahli keluarga atau rakan-rakan anda, atau melalui pautan yang dijana oleh Spotify.


5. Pastikan alamat setiap ahli untuk 5 orang ini sama dengan alamat anda ya. Itu sahaja syaratnya.

Spotify and Chill.

Artikel diolah dari penulisan Izzwan Martang.
Powered by Blogger.