Maaf sila aktifkan javascript.

Firefox Bakal Mempunyai 'Performance Tab' Untuk PC Low End


Kita tahu, Firefox akan berubah wajah menjadi lebih cantik (pada pandangan mata saya, cantik lah). Namun, Firefox juga tak kurang perangainya seperti Chrome, mempunyai isu terhadap penggunaan memori yang ketara. Masalah ini dapat lebih dirasai oleh mereka yang menggunakan PC-PC TUA, terutamanya para kakitangan kerajaan. Errr..

Berikut adalah paparan antaramuka pengguna Firefox dengan pembaharuan melalui projek 'Photon'.


Anda boleh lihat lebih banyak lagi tangkap layar Firefox Photon pada blog Sรถren Hentzschel.

Tetapi bukan itu sahaja pembaharuan yang akan diberikan kepada Firefox. Selain 'facelift', prestasinya juga akan dipertingkatkan, bukan sahaja untuk pelayaran bahkan juga untuk penggunaan RAM. Melalui tab 'Performance', terdapat satu butang 'Optimize Firefox' yang akan menyahaktifkan semua addon dari pihak ketiga.


Ada juga ciri 'Content Processes', yang mana ia akan menyokong lebih dari dua proses, bermula dengan Firefox versi 55. Lebih banyak proses kandungan digunakan, Firefox menjadi lebih responsif, cuma dalam masa yang sama ia lebih banyak menggunakan RAM pula. Jadi pilihan terdapat di tangan anda.

Pengguna yang mempunyai PC TUA boleh juga menyahaktifkan animasi antaramuka pengguna untuk tab-tab, menu, dan lain-lain lagi, juga menggunakan 'prefetch', yang boleh meningkatkan prestasi pada sambungan rangkaian yang perlahan.

Semua ciri-ciri ini bakal dimasukkan ke dalam Firefox versi 55 ke atas - mungkin berdekatan dengan akhir tahun ini. Sabarlah menunggu wahai pengguna PC-PC tua sekalian (saya tak terkecuali).

Sumber: Engadget
Powered by Blogger.