Halite: Abandonware Torrent Client Yang Lebih Baik Dari uTorrent Dan Sekutunya


Sudah seperti menjadi trend, klien muat turun torrent terkini adalah bloated dan penuh dengan ciri, iaitu ciri-ciri yang sebenarnya kita tidak perlukan tetapi tetap disuap dengan harapan pengguna percaya ianya berguna.

uTorrent contohnya, sejak dijual kepada BitTorrent, telah menempatkan pelbagai iklan-iklan di dalamnya, dan mempunyai versi Pro yang berbayar.

Sudahlah berbayar, ada dua 'tier' pula, iaitu Ad-free dan 'Pro', yang mana versi Pro mempunyai ciri perlindungan dari virus dan malware, sokongan pelanggan premium, sokongan main semula fail yang telah dimuat turun, dan juga sokongan strim fail secara terus.

Ciri ini kita boleh sahaja lihat ada pada klien-klien lain, seperti WebTorrent Desktop. Percuma pula.

Apa guna ada klien yang aktif sungguh pembangunannya, tetapi dari semasa ke semasa menambah bloat padanya.

Jadi selepas saya mencuba satu demi satu, termasuklah klien uTorrent versi lama, saya 'ter'-jatuh hati pada Halite, sebuah klien torrent bersaiz kecil namun mempunyai ciri lengkap.

Ciri terbaik yang ada pada Halite ialah ia menggunakan sumber memori yang sedikit. Ia tidak membebankan CPU tetapi dalam masa yang sama mempunyai prestasi yang tinggi.


Saya mengesyorkan aplikasi ini berbanding uTorrent versi lama, atau lain-lain aplikasi, kerana ia tiada langsung ciri yang anda tidak perlukan.

Apa yang ada, adalah 'cukup-cukup' untuk anda gunakan sebagai sebuah pemuat turun torrent.

Muat turun torrent bersama TorGuard

Paling menarik, anda boleh pilih mode 'Super-seeding' jika anda dalam misi untuk menaikkan ratio - contohnya ratio pada laman LTTi, meskipun setakat yang saya perhatikan agak mengarut juga kerana walaupun kelajuan muat turun 'padu', bila anda pilih untuk seed dan biarkan klien dijalankan di latar, ia tidak muat naik langsung.


Apapun, kalau anda tergerak hati hendak cuba, anda boleh muat turun melalui pautan di bawah.

>>> Halite BitTorrent Client
Powered by Blogger.