Reviu Ubuntu Budgie 17.04: Kelajuan, Prestasi, Dan Tampilan Yang Baik Dalam Satu Pakej


Menulis reviu untuk sebuah sistem operasi Linux berasaskan Ubuntu sebenarnya tak mudah. Ini kerana boleh dikatakan kesemuanya tidak mempunyai sebuah ciri yang memberikan impak signifikan kepada pengguna, atau kita boleh sebut sebagai 'wow factor'.

Ubuntu Budgie juga tidak terkecuali. Kalau pun ada 'wow factor' padanya adalah Budgie Desktop itu sendiri.

Berasaskan Gnome Shell, Budgie Desktop memberikan nafas baru kepada persekitaran meja, di mana ia meletakkan menu di atas sebelah kiri, seakan menu elementary OS.


Untuk skrin log masuk, ianya adalah pembaharuan sedikit dari gdm (kalau tak silap).


Setelah masuk ke persekitaran meja buat pertama kalinya, anda akan disambut dengan 'tutorial' ataupun panduan ringkas akan cara untuk menggunakan Ubuntu Budgie.

Pada saya ini pun agak 'biasa', cuma buat newbie amat sesuai sekali jika ini dikekalkan.


Lalu, beginilah pandangan pertama persekitaran meja Ubuntu Budgie. Dapat dilihat di sebelah kiri ada satu 'dock' kecil, namun ia tidak serupa dengan Unity Launcher.

Cirinya ringkas, memang hanya tempat pintas bagi aplikasi yang anda mahukan untuk ia berada di situ. Ia mempunyai ciri 'intellihide' atau intelligently hide, seperti Unity Launcher waktu mula-mula dilancarkan dahulu sebelum ciri tersebut 'dibuang'.



Ubuntu Budgie menggunakan Chromium secara lalainya (default web browser). Firefox pula perlu dipasang sendiri oleh pengguna. Pada saya, Chromium adalah pilihan yang tepat. Tahniah untuk pilihan ini. Sehingga Firefox memperbaiki prestasinya, biarkan saja Chromium sebagai pelayar web lalai.


Tampilan seakan Windows 10, Budgie Settings menempatkan pelbagai tetapan yang mudah capai.






Lain-lain ciri, Ubuntu Budgie menggunakan Terminix sebagai Terminal lalai sistemnya. Agak sedikit janggal juga waktu mula-mula saya mencubanya, namun setelah beberapa kali klik di sini-sana, Terminix juga nampaknya mudah untuk diselia.


Sesuatu yang seringkali terasa pada mana-mana sistem operasi berasaskan Ubuntu ialah kekurangan pada kepantasan/kelajuan dan prestasi (speed and performance).

Cuma dengan persekitaran meja Budgie ini, tidaklah begitu terasa kepantasan seakan elementary OS, namun cukup untuk memberi kepuasan kepada mereka yang ingin sebuah sistem operasi yang kerap mendapat kemaskini (tidak seperti elementary OS yang outdated) tetapi dalam masa yang sama mempunyai prestasi yang baik.

Setakat ini saya belum lagi dapat memasang mana-mana Gnome Shell Extensions, tak pasti kenapa. Tetapi saya akan cuba lagi hingga berjaya.

Apa yang pasti, Ubuntu Budgie tidak akan terhenti setakat kelainan 'minor'. Ia mempunyai potensi untuk berkembang sekiranya diberikan pembangunan yang cukup.

Kelancaran sistem ini sepanjang yang saya uji adalah bukti bahawa Ubuntu juga boleh 'pergi jauh'.

Muat turun: Ubuntu Budgie
Powered by Blogger.