Maaf sila aktifkan javascript.

Tenta Browser: Pelayar Web Android Dengan OpenVPN Terbina Dalaman


Saya baru sahaja lepas habis menulis tentang Epic Privacy Browser, yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menjaga privasi serta sekuriti penggunanya.

Ada yang meminta versi Android, namun apakan daya buat masa ini Epic hanya eksklusif untuk Windows sahaja.

Namun jangan bimbang, kerana pelayar web yang mementingkan ciri privasi untuk Android itu ada, dan ianya bernama Tenta Browser. Gambar di bawah menunjukkan serba sedikit salah satu ciri Tenta iaitu Smart Incognito.



Itu baru satu, belum lagi kita pergi kepada cirinya yang lain. Apa dia antaranya?

1. VPN - OpenVPN Terbina Dalaman.

OpenVPN weh, bukan proksi seperti Opera/Opera Mini, Puffin, dan lain-lain contoh lagi.

2. Dilindungi dengan PIN.

Yeah, pelayar web ini dilindungi dengan PIN. Melainkan bini yang minta password, anda boleh berlagak dengan kawan-kawan. Ianya terlindung dengan enkripsi AES-256.

3. Zones.

Zones ialah koleksi tab di satu lokasi khusus. Contohnya satu kumpulan tab, akan sentiasa beroperasi seakan pengguna berada di Miami atau di Seattle.


4. Incognito/Private Browsing Sentiasa Terpasang (Always On).

Sama seperti Epic, Tenta juga mempunyai ciri ini. Anda tidak perlu lagi fikirkan mengenai mana-mana penjejak (trackers) yang akan mengikuti anda.

5. Mempunyai OpenVPN Untuk Seluruh Peranti.

Ya, selain OpenVPN yang berfungsi khusus untuk Tenta (sahaja), ia juga mempunyai pilihan untuk pengguna melanggan servis OpenVPN untuk seluruh peranti (Full Device Wide VPN).

Muat turun: Tenta Browser

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Powered by Blogger.