VPN Percuma Di Google Play Store Mengandungi Malware Dan Malvertising


Bukan nak mengata, tapi memang ramai orang kita yang berperangai cheapskate. Smartphone is not for dumb people. Smartphone masing-masing berharga RM2000-3000, tetapi bila tiba bab aplikasi, masing-masing nak yang percuma atau CRACKED.

Samalah halnya dengan perkhidmatan/servis VPN. Selagi boleh nak cari yang laju, ada berpuluh pelayan (servers), ada macam-macam ciri, boleh langkau apa-apa sekatan, tetapi semahu-mahunya mesti murah-semurah-murahnya atau paling best sekali PERCUMA.

There's no such things as FREE LUNCH.

Ingat, apa jua produk yang percuma, anda adalah 'bayarannya'.

Dirujuk dari sebuah kertas kajian iaitu di sini, aplikasi/servis VPN percuma yang banyak terdapat di Google Play Store mempunyai ciri-ciri:

*18% darinya tidak melakukan enkripsi data pun!
* 38% menyuntik malware dan malvertising ke dalam peranti.
*84% membocorkan/meniriskan trafik pengguna.
*80% menggunakan permission yang agak explicit untuk mendapatkan data peribadi/sulit pengguna seperti akaun-akaun dan mesej teks.
*75% menggunakan kaedah tracking libraries dari pihak ketiga.

Harga Sebenar Yang Perlu Dibayar Untuk Para Cheapskate

Tiada apa yang percuma selain makan kenduri yang dijemput ya sedara sedari sekalian. Dengan berharap anda memuat turun sebuah aplikasi VPN, sebenarnya anda telah memasang sebuah alat penuai data yang sangat berkesan.

Contohnya dapat dilihat dari aplikasi Hola VPN yang telah menjual bandwidth pengguna mereka lalu mencipta pula VPN mereka sendiri, tanpa perlu berharap kepada mana-mana pelayan yang disewa! Namun aplikasi yang sama juga telah menjadi top free app di Google Play Store meskipun telah mendapat kecaman dari media di serata dunia, termasuklah blog ini.

Memang banyak perkara yang boleh dipertikaikan, namun apalah ertinya jika ingin diterangkan kepada para cheapskate sekalian. Ia tidak penting. Apa yang penting ialah TAK PERLU BAYAR, FREE, PERCUMA.

Saranan:

Gunakanlah servis berbayar yang lebih tinggi integritinya. Gunakan servis dari yang PAKAR, yang betul-betul ARIF tentang VPN, yang tahu selok-belok menjaga pelayan, bukan hanya tahu menyewa pelayan murah dan lembab semata-mata, kemudian jual dekat korang.

Kalau nak guna VPN berharga RM30, jangan beli atau guna dari para peniaga 'budak-budak' Melayu hingusan, yang memberikan anda HANYA config ovpn, dengan tujuan untuk 'bypass speed and quota'. Pengguna webe la tu contohnya. Alahai, kesian abam tengok korang ni. Asyik kena tipu je.

Kalau nak gunakan servis antara yang terbaik, tetapi dalam masa yang sama agak murah juga, gunakan TorGuard. Anti-DPI mode yang ada dalam aplikasinya sangat-sangat membantu untuk menjaga privasi anda.

Tapi kalau nak juga pakai yang percuma, lantak kau orang lah.

Cakap banyak pun tak guna kalau sasaran hanya yang percuma, atau nak 'bypass speed' juga tujuan korang langgan VPN. Bertahun dah abam berpesan dan cakap benda yang sama, tetapi masih juga kau orang tertipu lagi dan lagi. Adiosss chow-seen-chi.

Rujuk: Android VPN app developers are using malware to track your data
             Free Mobile VPNS; Are They Safe?
Powered by Blogger.